BELOVED FOLLOWERS

Wednesday

TIPS MUDAH TURUNKAN BERAT BADAN

turun berat badan

Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu. Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang.

turun berat badan

turun berat badan

turun berat badan

Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia lain.



KESAN KEPADA BERAT BADAN BERLEBIHAN


turun berat badan

turun berat badan


  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
  • Risiko psikososial - Kajian menunjukkan orang yang obes akan mengalami masalah kurang keyakinan diri sebab mereka sentiasa menjadi bahan perbincangan awam antara kawan-kawan mereka. 
  • Menjejaskan kesuburan - Masalah berat badan ini mempengaruhi kesuburan wanita. Obesiti pada wanita boleh menganggu proses ovulasi (penghasilan telur). Pada masa yang sama ia juga boleh menyebabkan kitaran haid tergannggu; memanjang tempoh rawatan untuk hamil. Malah wanita obes juga berisiko mengalami komplikasi ketika hamil seperti mendapat kencing manis dan darah tinggi.

ANTARA PUNCA KEPADA BERAT BADAN BERLEBIHAN / OBESITI
  • PERSEKITARAN
    • Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk sebagai adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.
    • Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan yang berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan , janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti yang tertulis anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.
  • FAKTOR KETURUNAN
    • Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.Dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.
    • Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
    • Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar. 
  • DIET YANG TIDAK SEIMBANG
    • Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.
    • Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.
    • Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.
    • Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

turun berat badan
  • KURANG MENGGUNAKAN TENAGA
    • Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.Umumnya kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.
    • Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti. Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer dan sebagainya. 

turun berat badan

turun berat badan

  • BUDAYA MAKAN MALAM 
    • Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia suka makan mengikut selera. Semua makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, sudah pasti tiada selera'
    • Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.Restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.


 TIPS DIET DAN PEMAKANAN
  • Jangan Berlapar
    • Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
  • Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
    • Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
  • Minum 8 gelas air sehari
    • Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  • Elakkan minuman yang bergas
    • Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
  • Kurangkan pengambilan garam
    • Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  • Ambil sarapan pagi
    • Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
  • Makanlah dengan perlahan lahan
    • Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
  • Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil
    • Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  • Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
  • Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
  • Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
  • Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
  • Ambil makanan yang berempah
    • Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
  • Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
    • Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
  • Simpan Satu Diari
    • Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
  • Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
    • Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  • Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
  • Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
  • Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
  • Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
  • Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
  • Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori

 TIPS SENAMAN
  • Tukarkan gaya hidup pasif kepada gaya hidup aktif. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari.Berjalan kaki, menaiki tangga, melakukan kerja rumah, skipping adalah contoh senaman yang mudah.
  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga
  • Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  • Sauna dan bilik berwap membantu membakar kalori dan proses pencernaan.

TIPS UNTUK YANG MALAS BERSENAM 
  • Lakukan bersama orang yang tersayang
  • Lakukan senaman di depan televisyen
  • Gunakan Psikologi MP3
  • Berjalan kaki ke kedai runcit
  • lakukan regangan badan


Jika Digabungkan dengan Senaman dan Diet yang Betul, Pengambilan Supplement dapat Membantu Mempercepatkan Usaha Anda Mengurangkan Berat Badan



Adakah pembakar lemak berkesan? 
Secara teorinya, ya, kerana dengan pembakaran kalori berlebihan ini, anda dapat mengurangkan berat badan

Makanan tambahan protein adalah pilihan yang baik sebagai snek.
Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah

Dapatkan multivitamin yang baik. 
Kekurangan mikro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik





OMEGA GUARD
fungsi omega guard (minyak ikan) membantu pembakaran lemak yang sudah lama termendap. Ini kerana kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan
LECITHIN
Lecithin akan memecahkan molekul molekul lemak yang baru sahaja kita makan kepada bentuk yang lebih kecil supaya ianya lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan.
HERB-LAX @ ALFALFA
Berfungsi sebagai detoks. Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.
** Tidak digalakkan untuk ibu menyusu (boleh digantikan dengan Alfalfa kerana ia juga mempunyai fungsi yang sama sebagai detoks)
ESP @ CINCH
Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.Selain itu,protein juga membnatu meningkatkan metabolisme tubuh dan meningkatkan perkembangan otot.Lebih menarik,protein mampu menjaga nafsu makan kita dan menjaga otot supaya bebas lemak.Shaklee menawarkan 2 produk yang mengadungi Protein terbaik sebagai makanan tambahan untuk anda yang ingin mengusukan badan.Cinch Shake adalah antara minuman protein berperisa yang sedap dan hanya sesuai di ambil oleh ibu yang tidak menyusukan bayi.Kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri akan menggangu tumbesaran bayi.Jadi,untuk anda ibu-ibu yang menyusukan anak ESP atau Energizing Soy Protein adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan,Esp juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment