BELOVED FOLLOWERS

Sunday

Who Moved My Cheese?


who moved my cheese

Hidup bukan sebuah perjalanan lurus dan
mudah untuk kita lalui tanpa rintangan.
Ia adalah sebuah perjalanan di laluan
bersimpang siur, yang perlu kita cari arah
sendiri.

Kita sasat, kita keliru.
Dan sering kali, kita menemui jalan buntu.

Namun selalu, seandainya kita percaya,
pintu akan terbuka untuk kita lalui.
Mungkin itu bukan pintu yang kita fikirkan.
Tetapi itulah pintu yang terbaik untuk kita.

A.J Cronin
_____________________________________________________

Fenomena
Who Moved My Cheese

Kisah Who Moved My Cheese?  dicipta oleh Dr spenser Johnson bagi membantu beliau mengurus perubahan yang sukar dalam hidupnya. Kisah ini mengajar kepada beliau supaya memandang serius situasi perubahan yang sedang berlaku, tanpa diri sendiri menjadi begitu serius.

Apabila kawan kawan beliau menyedari bahawa hidup Dr Spencer bertambah baik, dan bertanya mengapa, beliau pun mendedahkan kisah "Keju" nya ini. Beberapa orang berkata, kadangkala beberapa tahun kemudian, kisah ini membantu mereka mengekalkan sikap tidak terlalu serius, berubah, dan meraih sesuatu yang lebih baik. Pengarang bersama bagi buku The One Minute Manager, Ken Blanchard, mendorong Dr Spencer menolong Dr Spencer menulis kisah ini dalam bentuk buku untuk dikongsi dengan lebih ramai orang.

Dua dekad selepas kisah ini dicipta, buku ini pun diterbitkan. Buku ini serta merta menjadi best seller antarabangsa nombor 1, yang disebut sebut oleh banyak orang. Sebanyak satu juta naskah kulit tebal di cetak pada 16 bulan pertama. Lebih 10 juta naskah dicetak dalam dua tahun berikutnya.

Para pembaca melaporkan , kisah dalam buku ini memperbaiki karier, bisnes, kesihatan, dan pwrkahwinanmereka. Kisah Keju ini diaplikasikan sama ada di rumah, di syarikat tempat kita bekerja, di sekolah, di tempat ibaday, dalam kem tentera, ataupun dalam sukan. Bukti ini sudah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Ia memiliki daya tarik bersiufat sejagat.

Sebaliknya para pengkritik tidak faham mengapa begitu ramai pembaca mendapati buku ini istimewa. Kata para pengkritik, kisah ini terlalu mudah sehingga kanak kanak pun dapat memahami, dan ia mencabar kebijaksanaan mereka yang mengkritik, selain ia memang masuk akal. Para pengkritik tidak mendapat apa apa daripada kisah ini. Malah sebahagian daripada mereka bimbang buku ini menyarankan bahawa semua perubahan adalah bagus. Mereka takut pembaca tidak berfikir panjang , lalu patuh kepada cadangan perubahan yang tidak perlu, walaupun bukan itu yang disebut dalam buku ini.

Pengarang berkomentetar bahawa apa yang difikirkan oleh peminatdan pengkritik adalah betul. Nilai daripada kisah ini tidak diperoleh menerusi jalan ceritanya. Nilai tersebut hanya dapat kita raih menerusi cara kita mentafsir dan mengapkikasikan hasil tafsiran berkenaan dalam hidup kita.

Semoga cara kita mentafsir kisah ini dan menerapkan tafsiran itu dalam kehidupan seharian, dapat membantu kita menemukan dan menikmati "Keju baru" yang layak kita terima.


who moved my cheese


*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment