BELOVED FOLLOWERS

Wednesday

Kolostrum Dan Proses Penyusuan

Apa Itu Kolostrum?
Anda boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
Susu pertama yang anda berikan kepada bayi dipanggil kolostrum.
Kolostrum bersifat pekat, kelihatan berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.

Cecair istimewa yang mudah dihadam ini kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi anda.

Susu anda akan keluar kira-kira tiga hari selepas anda melahirkan. Ini adalah masa apabila tahap prolaktin telah stabil dan anda boleh menghasilkan susu badan dan bukan lagi kolostrum.


Apa Yang Berlaku Semasa Proses Penyusuan?
Untuk membolehkan bayi anda menikmati susu badan anda, ia perlu dilepaskan daripada alveoli. Proses ini dikenali sebagai limpahan (letdown). Beginilah ia berlaku:
  • Apabila bayi anda menghisap, sensasi pada puting anda menyebabkan sebahagian daripada kelenjar pituitari anda membebaskan hormon oksitosin ke dalam aliran darah anda.
  • Apabila oksitosin sampai ke payu dara, ia menyebabkan otot-otot kecil di sekeliling alveoli yang dipenuhi dengan susu untuk menguncup dan mencengkam lantas membebaskan susu.
  • Susu anda mengalir sepanjang duktus yang terletak di sebalik areola.
  • Apabila bayi anda minum, dia menekan susu daripada duktus masuk ke dalam mulutnya.
Tatkala aliran susu anda meningkat semasa limpahan berlaku, anda juga mungkin rasa sedikit sakit seperti mencucuk-cucuk pada payudara anda. Susu anda mungkin menitik-nitik atau menyembur keluar. Jika payudara anda membengkak dan sakit dalam beberapa hari pertama ini, menyusui bayi dengan kerap dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Anda mungkin rasa kontraksi dalam perut anda dalam beberapa hari pertama bayi mula menyusu. Ini dipanggil kesakitan susul (afterpains), dan rasanya seperti kontraksi hendak bersalin yang tidak kuat. Ini disebabkan oleh hormon oksitosin yang sedang mengecutkan uterus anda kembali ke saiz asal.

Oksitosin jugalah yang menyebabkan kontraksi uterus semasa kelahiran. Ketika menyusukan, anda juga mungkin rasa tenang, puas dan gembira. Tidak hairanlah oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang!

*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment