BELOVED FOLLOWERS

Thursday

MENU DAN TIPS ANAK DEMAM @ SHAKLEE PUCHONG






Anak yang tidak sihat biasanya kurang selera menjamah makanan. Janganlah paksa mereka tetapi usah juga biarkan mereka langsung tidak makan.


Mereka akan makan kurang dari yang sepatutnya dan ada kalanya mereka tidak mahu makan langsung. Walaubagaimanapun, adalah sangat penting untuk mereka untuk makan makanan yang baik kerana makanan penting untuk proses pemulihan yang cepat dan betul.



Jangkitan yang berlaku ke atas kanak-kanak bukan sahaja menurunkan selera makan, malah menjejaskan proses penyerapan nutrisi oleh badan. Sebahagian daripada mereka akan menghadapi kekurangan zat makanan yang mendadak dan penurunan berat badan. Hal ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang diserap menyebabkan badan menggunakan lemak yang disimpan untuk tenaga.


Kekurangan zat makanan secara mendadak akan menyebabkan jangkitan bertambah teruk kerana sistem immunisasi akan terganggu dan tidak akan dapat melawan jangkitan secara optimum. Hal ini mungkin akan menyebabkan jangkitan semakin kuat.


Di antara menu yang disyorkan adalah seperti berikut :




Demam






  • Cuba berikan mereka makanan yang hidangan kecil tetapi tinggi kalori. Anda boleh menawarkan kepada mereka makanan yang lembut seperti oat, bubur atau sup dan kentang yang dilenyek
  • Anak yang demam selalunya tidak lapar. Jangan paksa mereka makan sebaliknya pastikan minum banyak air kerana ketika ini tubuhnya kehilangan banyak cecair.
  • Berikan mereka air mineral atau jus untuk mengatasi dehidrasi yang berlaku disebabkan oleh suhu badan yang tinggi.
  • Segera bawa anak berjumpa doktor jika suhu badan terlalu tinggi, terlalu banyak tidur dan tidak membuang air seperti biasa.



Selesema 






  • Anak yang dijangkiti selesema perlu minum banyak air. Berilah mereka minum air masak, jus buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
  • Sementara makanan yang sesuai untuk mereka pula adalah makanan yang bersup dan panas dan makanan yang lembut dan mudah untuk dimakan boleh diberikan kepada mereka. Ini termasuklah sup ayam atau bubur, oat dan kentang yang dilenyek. Makanan yang panas boleh membantu sebagai pengewap dan melegakan hidung yang tersumbat., dadih dan jika keadaan mereka bertambah baik, anda boleh memberi mereka susu.


Sakit tekak 





  • Apabila diserang sakit tekak, kanak-kanak biasanya suka makanan suam dan ada yang suka makanan sejuk.
  • Bagi yang suka makanan suam, berilah mereka sup pasta dengan roti putih bersama minuman coklat suam atau jus epal suam.
  • Bagi yang berselera makanan sejuk pula, hidangkan makanan seperti dadih, pisang lecek bersama aiskrim, susu kocak dan jus buah-buahan.


Muntah-muntah
  • Jangan beri sebarang makanan atau minuman kepada anak yang diserang muntah sehingga perutnya selesa.
  • Kira-kira satu jam selepas muntah, berikan anak sedikit air untuk membasahkan tekaknya.
  • Beberapa jam kemudian, berikan lagi air kepadanya dalam kuantiti yang lebih daripada sebelumnya (jika dia tidak lagi muntah).
  • Selepas keadaan pulih, berikan anak makanan yang lembut seperti bubur nasi, sup ayam dan sup kentang bersama lobak merah.


Cirit-birit




  • Tahukah anda bahawa mereka yang mengalami cirit-birit telah kehilangan banyak cecair dalam badan. Oleh itu, air yang hilang perlu diganti segera.
  • Sekiranya anak membuang air besar lebih daripada sekali dalam tempoh tiga jam, beri dia minum larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) untuk menggantikan cecair dan garam yang hilang dari tubuh.
  • Sebaiknya beri anak ½ hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam dalam tempoh 24 jam sehingga cirit-biritnya reda.
  • Anak akan hanya berselera makan apabila dia sudah rasa selesa. Ketika itu berilah dia makan makanan yang berkhasiat. Elakkan daripada memberinya minum susu, jus epal dan makanan yang tinggi kandungan garam atau gula untuk tempoh sehari dua.





Tips Pemakanan Bagi Kanak - Kanak Yang Kurang Sihat

Mungkin sukar untuk memujuk kanak-kanak untuk makan dalam keadaan begitu. Cuba berikan mereka makanan yang sedikit tetapi lebih kerap dalam setiap 1-2 jam. Galakkan mereka untuk makan sebanyak mungkin yang mereka mampu tetapi jangan memaksa mereka makan kerana akan menyebabkan mereka tercekik.

Makanan yang manis boleh menarik selera anak anda apabila mereka berasa loya dan selepas muntah. Anda boleh berikan mereka pisang yang dilenyek, aiskrim atau “tau foo fah” untuk menaikkan selera makannya semula. Jangan lupa untuk memberikan mereka air yang mencukupi seperti air mineral, jus buah-buahan segar, air kelapa atau sup.

Apabila anak anda sudah mula pulih, selera makan mereka akan bertambah baik. Berikan mereka pelbagai jenis makanan kerana makanan yang berbeza jenis mempunyai nutrien yang berbeza. Tingkatkan kekerapan makan sebagai keperluan tenaga dan nutrien semasa pemulihan adalah lebih dari nilai biasa.

Kesimpulannya, makanan yang berkhasiat dan sihat akan membantu anak anda mendapatkan semula tenaga dan selera makan untuk pemulihan yang cepat. Semoga anak anda cepat sembuh dari penyakit dan dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa.







Tingkatkan Sistem Imun Anak Anda

Zaman sekarang ni ramai kanak-kanak yang senang kena demam, selsema dan batuk..lagi-lagi yang hantar nursery. Senang betul berjangkit dengan budak-budak lain.

Kalau anak tak sihat nak buat kerja pun susah. Hati tak tenang. Cuti pun kena jimat sebab nk spare bila anak x sihat..duit takyah cakap laa kan..

Apa yangg saya nmpak kanak-kanak yg kurang vitamin dan zat mineral dalam badan memang sangat mudah dijangkiti penyakit.

Dengan SET KANAK KANAK SHAKLEE, segala vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh kanak kanak dapat dibekalkan dengan lebih efisen dan terbukti berkesan.








Omega Guard Shaklee

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
    • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur



Mealshakes Shaklee

  • Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
    • Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
    • Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

  •  Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
    • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

  • Untuk Pembesaran
    • Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

  • Anti-oksida 
    • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan.

  •  Pemulihan Kulit 
    • Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

  • Detox 
    • Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
    • Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.



Dengan MEAL SHAKE, segala yang dperlukan oleh anak-anak dapat dibekalkn dalam satu bancuhan disamping dapat menambahkan selera makan (sesuai untuk anak yg picky eater) ,mengurangkan sembelit, ekzema n asma. Cuma perlukan satu sudu kecil sehari.




Apa kata mereka pulak..









*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment