BELOVED FOLLOWERS

Sunday

PETUA MENAMBAH SUSU IBU @ SHAKLEE PUCHONG



Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi.

Lengkapkan diri anda dengan ilmu tentang penyusuan.

Disini saya kongsikan tips bagaimana cara untuk menambah susu badan.


Petua Tambah Susu Ibu

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:


petua tambah susu ibu

Lobak putih
Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.


petua tambah susu ibu

Buah longan kering
Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.




petua tambah susu ibu

Kurma
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu



petua tambah susu ibu


Pucuk betik/Betik muda
Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.



petua tambah susu ibu

Halba/Fenugreek

Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.



petua tambah susu ibu


Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.








petua tambah susu ibu


Moringa/murunggai/pokok kelor

Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.



petua tambah susu ibu

Jantung pisang 
Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.




petua tambah susu ibu


Daun cekur manis/pucuk manis
Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.




petua tambah susu ibu

Kacang soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.



petua tambah susu ibu

Pengambilan Air
Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.





petua tambah susu ibu

Pemakanan seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.



 Psikologi 
  • Susu saya cukup untuk bayi saya!
  • Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. 
  • Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. 
  • Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
  • Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. 
  • Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. 
  • Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
  • Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.


Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan.

Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda.

Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.


*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment