BELOVED FOLLOWERS

Tuesday

Proses Penghasilan Susu Ibu



Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mari sama sama kita fahami bagaimana proses terhasilnya susu ibu :

Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Dalam setiap kelenjar susu pula terdapat beberapa bahagian yang mempunyai tugas masing-masing dalam penghasilan susu badan: 
  • Alveoli. 
    • Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul. 
  • Duktul. 
    • Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.
  • Duktus susu. 
    • Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi. Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.
Ketika sedang hamil, anda mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Hakikatnya, sistem pembuatan susu anda telahpun bersedia pada sekitar trimester kedua. Oleh itu, anda sudah boleh menyusukan bayi walaupun jika dia lahir pramatang.

Selepas bayi anda dilahirkan dan selepas plasenta (uri) dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda mula jatuh. Ini memberi laluan kepada hormon prolaktin untuk dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak anda.

Hormon prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi. Prolaktin boleh membuatkan anda rasa lebih bersifat keibuan, dan oleh itu sesetengah pakar memanggilnya hormon keibuan.


*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment