BELOVED FOLLOWERS

Monday

SET MIGHTY 3 GEMS @ SHAKLEE PUCHONG

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak yang kian tiba kepada semua muslimin dan muslimat...
Syukur Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita dan berpeluang sekali lagi bertemu di bulan Ramadhan al-mubarak, bulan yang penuh barokah...
Tak terasa kan...
waktu berjalan begitu cepat. Sudah hampir 1 tahun ramadhan tahun lalu melewati kita.
Kini sudah datang lagi ramadhan.

Marhaban ya ramadhan...
Jadikanlah hati ini selalu senang menyambutmu


Sempena bulan Ramadhan yang kian hampir menjelma, kami ingin memperkenalkan set yang sangat popular apabila tibanya bulan Ramadhan..
SET MIGHTY 3 GEMS


Ianya sesuai diambil ketika sahur dan ketika berbuka puasa.


Kenapa Mighty 3 Gems ?

Umumnya, produk ini terbahagi kepada 3 asas utama iaitu untuk membekalkan vitamin, tenaga, zat galian, dan mengekalkan bendalir badan. 
Tiga produk asas tersebut adalah Mealshake , Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink . Kesemuanya ini berfungsi untuk membekalkan nutrien dan keperluan seharian tubuh agar terus kekal bertenaga sepanjang hari.

Pengambilan Mighty 3 Gems sewaktu bersahur adalah amat digalakkan kerana ianya dapat membekalkan tenaga dan keperluan nutrien tubuh sepanjang hari di bulan Ramadhan.

Dan jika anda berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems, satu kelebihan untuk anda kerana ianya memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. 

Akhir sekali, Mighty 3 Gems amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ia dapat membantu para ibu berpuasa sambil menyusukan anak. Begitu juga untuk ibu yang sedang mengandung.

Mari kita lihat kebaikan Mighty 3 Gems :



Energizing Soy Protein
  • Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat


Mealshakes 
  • Sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.




Performance Drink 
  • Minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar. Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa. 

Ianya Sangat Sesuai Untuk :
  • Ibu menyusu
  • Pelajar
  • Ibu mengandung
  • Warga tua
  • Atlet
  • Pesakit Gastrik
  • Pekarja aktif




Persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan.
  • Persediaan ilmu agama. 
    • Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, di khuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau media massa. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

  • Persediaan kesihatan. 
    • Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan segala amalan seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan sebagainya. 

  • Persediaan dari sudut kewangan. 
    • Di antaranya ialah dengan bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas RA: “Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat al-Bukhari) 

  • Memperbanyakkan menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. 
    • Kita dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika senantiasa diwar-warkan. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa, media elektronik dan seluruh umat Islam.


Semoga kita sentiasa diberikan kesabaran, kekuatan iman, ketakwaan & keinsafan untuk kita bersama-sama merebut segala kelebihan dan kebaikkan yang ada di bulan Ramadhan ini, 

InsyaAllah..
Selamat menjalani ibadah puasa 

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment