BELOVED FOLLOWERS

Wednesday

Tips Mengepam Dan Tips Membuat Stok EBM Bagi Ibu Menyusu

Nak Tau Tak Tips Mengepam dan Tips Membuat Stok ?
Jom sama sama kita baca dan fahami.. :)


Breastpump
  • Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. 
  • Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. 
'a pump should never hurts!'

Mulakan pengepaman menggunakan pam
  • (Case 1) Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran
  • (Case 2) Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case). Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

Bila harus mengepam?
  • (Refer case 1) setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
  • (Refer case 2 ) 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

Berapa lama harus mengepam?
  • (Case 1) 1-15 minit sebelah breast.
  • (Case 2) 2-20 minit sekali sebelah breas

Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
  • Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

Bagaimana harus saya simpan?
  • Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. 
  • Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari di dalam fridge.

Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
  • Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge)
  • Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
  • Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference.
  • Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).
Nipple preference atau nipple confusion ialah keadaan di mana bayi akan mula tak mahukan minum direct dari ibunya setelah beberapa kali menggunakan botol atau puting.

Nipple Preference boleh berlaku seawal bayi berusia 2 minggu.
Keadaan ini boleh menyebabkan ibu give-up utk menyusukan kerana setiap kali nipple ibu masuk dalam mulut bayi, dia akan menangis (dengan kuat!).

Dan hanya senyap selepas minum susu dari botol (samada ebm ataupun formula).
Keadaan yang berterusan akan mengakibatkan susu ibu semakin berkurangan.


Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
  • Berhenti mengepam dan susukan bayi. 
  • Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
  • Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. 
  • Teknik ini dipanggil Power Pumping
  • khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
  • Anda boleh. 
  • Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
  • 10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
  • Jangan bimbang.
  • Mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. 
  • Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. 
  • Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu tapi bayi akan meminta. Hebat kan.!
 Ketetapan waktu mengepam.
  • Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. 
  • Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan mengadjust untuk menghasilkan lebih susu.
  • Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. 
  • Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. 
  • oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! 
  • Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang awal sangat penting.

Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi 
  • Sebenarnya kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam. 
  • Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sebanyak 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well! 
  • jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. 
  • Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita perlu untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan. 

Untuk Entri akan datang, saya akan kongsikan mengenai:
Makanan yang Dapat Menambahkan Susu Ibu


*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment