BELOVED FOLLOWERS

Saturday

BAIK BURUK URUTAN SEMASA HAMIL @ SHAKLEE PUCHONG



Urutan sememangnya baik untuk membantu anda melegakan kesakitan yang biasa dialami di bahagian belakang, pinggang, dan bahagian-bahagian tubuh yang lainnya.Tambahan pula, urutan dapat membantu anda merehatkatkan otot yang mengalami letegangan , melegakan sakit belakang, sengal bahu, dan lenguh peha.



Selain daripada itu, ia juga dapat melancarkan perjalanan darah. Lebih menyeronokkan urutan berupaya memperbaiki mood anda agar lebih bertenaga, segar, dan relaks.

Namun, ada segelintir doktor kurang selesa memberi kebenaran untuk anda berurut kerana dikhuatiri ia boleh menimbulkan masalah kepada kehamilan. Kekhuatiran itu timbul berikutan tidak semua tukang urut arif tentang bahagian-bahagian tubuh ibu hamil yang boleh dan tidak boleh disentuh. Tambahan pula jika tukang urut berkenaan lansung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas tentang urutan.

Sementara itu, biarpun anda mendapakan khidmat urutan daripada tukang urut bertauliah, doktor memutuskan bahawa ia tidak seharusnya dilakukan pada awalusia kehamilan.

Urutan tidak digalakkan bagi kandungan yang berusia 12 minggu ke bawah. Hal ini kerana dibimbangkan ia boleh menjadi punca kepada masalah keguguran.


Sementara itu, perlu anda tahu bahawa apabila peredaran otot dan darah tidak lancar, pembentukan darah beku pada otot peha dan betis akan berlaku. Oleh yang demikian, tukang urut yang berpengalaman dan terlatih lazimnya tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis kerana darah beku yang terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk trombus dan seterusnya menyebabkan serangan jantung pula.


Kebiasaannya keseluruhan bahagian tubuh dibenarkan untuk diurut melainkan abdomen. Urutan di bahagian abdomen biarpun dilakukan secara lembut adalah tidak digalakkan kerana boleh meransang rahim mengalami pengecutan dan menyebabkan keguguran.

Selain daripada abdomen, bahagian tubuh lain yang sensitif ialah pergelangan kaki, dan pergelangan tangan. Urutan yang dilakukan di bahagian ini akan mampu meransang otot-otot di bahagian abdomen itu sendiri dan pelvis untuk menyebabkan rahim mengecut dan akhirnya menjadi punca keguguran.

Oleh yang demikian, sekiranya mengalami kesakitan di bahagian abdomen iaitu merasai keadaan seperti kontraksi sewaktu berurut, segera minta tukang urut menghentikan urutan dan segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.


Kebaikan Urutan
  • Tekanan ketika hamil akan menyebabkan anda mudah letih, tidak bertenaga, mudah marah dan tertekan. Jadi urutan membantu dengan mengurangkan kepekatan norepinephrine dan kortisol yang menjadi punca tubuh mengalami tekanan.
  • Tubuh akan lebih tenang dan bersemangat kerana urutan yang bagus akan meningkatkatkan kepekatan hormon dopamine dan serotonin. Hormon-hormon yang sama ini juga akan membantu anda mengurangkan komplikasi ketika dalam proses untuk melahirkan bayi kelak. 
  • Mengurangkan bengkak di bahagian sendi tubuh bagi melawan penyakit, jangkitan kuman , dan virus. 
  • Memperbaiki pola tidur agar anda dapat tidur dengan lebih nyenyak. 
  • Mengurangkan kesakitan biasa ibu hamil iaitu sakit pinggang dan belakang tanpa memerlukan anda mengambil ubat penahan kesakitan.



Golongan Berisiko 
Biarpun urutan merupakan salah satu langkah yang boleh membuatka anda kembali rasa selesa selepas segala ketegangan dileraikan, ingatlah tidak semua wanita selamat untuk melakukan urutan.

Golongan tersebut adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk berurut sepanjang tempoh kehamilan.
  • Menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil
  • Berpengalaman melahirkan bayi pramatang 
  • Pernah mengalami keguguran di kehamilan terdahulu.

Maklumat Tambahan ketika Berurut
  • Maklumkan usia kehamilan anda setiap kali sebelum melakukan urutan dengan tukang urut yang berpengalaman.
  • Maklumkan juga kepada tukang urut sekiranya terdapat bahagian-bahagian tubuh yang terlalu sensitif terutamanya yang sering menyababkan anda berasa tidak selesa. Jadi bantal tambahan, bantal peluk dan seumpamanya dapat digunakan bagi membantu anda kekal selesa sepanjang berurut. 
  • Jika deria hidung terlalu sensitif terhadap minyak urut yang digunakan, minta pertimbangan tukang urut untuk hanya menggunakan losen tanpa pewangi ketika berurut. 
  • Berwaspada jika tukang urut ingin menggunakan minyak pati kerana terdapat sesetengah jenis minyak pati yang boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan. 
  • Sentiasa ingatkan tkang urut untuk sentiasa melakukan urutan ringan walaupun dia perlu menekan ke dalam bahagian otot bagi melegakan ketidakselesaan yang anda alami ketika itu.


Info lain
Urutan ketika hamil yang elok sebaik-baiknya dilakukan dalam kedudukan mengiring dan hanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam sahaja.



*********************************************************************************
Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)



SET KEHAMILAN SHAKLEE

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment