BELOVED FOLLOWERS

Thursday

CARA-CARA MENGURUS URI BAYI @ SHAKLEE PUCHONG




Pertambahan ahli keluarga baru amat mengembirakan sesebuah keluarga, apatah lagi bayi yang baru dilahirkan itu merupakan anak pertama bagi pasangan tersebut. Selepas selamat bersalin dan bayi itu diazankan bapanya, tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama bayi itu daripada rahim ibunya.

Tahukah anda,uri merupakan teman karib bayi selama tempoh bayi didalam kandungan. Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri juga memainkan peranan penting dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sia daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya.



Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama dan segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.


Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Jadi di sini saya kongsikan langkah mudah yang boleh digunakan bagi menguruskan uri :
  • Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  • Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun atau syampu.
  • Semasa mencuci uri, bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah.  (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  • Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  • Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  • Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  • Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
  • Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  • Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
  • Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  • Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  • Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  • Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum Menanam Uri Adalah Harus (JAKIM)
  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing 
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

*********************************************************************************

SET MENYUSU SHAKLEE

 *********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment