BELOVED FOLLOWERS

Wednesday

FAKTA MENARIK TENTANG PERUBAHAN KEHAMILAN @ SHAKLEE PUCHONG





Perubahan fizikal memang perlu untuk anda lalui , bergantung kepada peningkatan paras hormon sewaktu hamil.

Ambil perhatian agar anda tahu apa yang patut dan tidak patut di lakukan sesama hamil.
  • Sepanjang hamil, rambut akan tumbuh dengan lebih pantas dan tebal sehingga menjadikannya kelihatan berminyak. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang mungkin timbul, cuci rambut sekurang-kurangnya dua atau tiga kali semninggu.
  • Amaun darah akan meningkat seiring peningkatan paras hormon kehamilan. Ini menjadikan suhu badan turut meningkat sehingga membuatkan anda lebih mudah berpeluh. Jadi, mandilah dengan lebih kerap dan pakai pakaian yang diperbuat dengan fabrik kapas agar keselesaan terjamin.
  • Apabila hamil, urat darah menjadi lebih tebal. Jadi, ia menyukarkan darah untuk disalurkan dengan lancarke bahagian otak. Postural hypertension biasanya akan menyebabkan anda kerap berasa pening, Jadi cuba berbaring atau jka anda berada dalam keadaan duduk, tundukkan kepala perlahan-lahan ke bahagian peha.
  • Warna aerola di bahagian payudara akan menjadi bertambah gelap kerana  hormon kehamilan menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak pigmen. Warna gelap di aerola akan setelah anda bersalin.
  • Sakit di bahagian ari-ari kerap berlaku pada akhir-akhir usia kehamilan. Ia biasa dikaitkan dengan masalah kencing kotor atau symphysis pubis diasthesis. Untuk mengurangkan kesakitan yang dialami, sila banyakkan berehat.
  • Keputihan mungkin biasa berlaku sebelum anda hamil lagi. namun jika keputihan yang dialami terlalu banyak, rawatan rapi diperlukan kerana dikhuatiri terdapat jangkitan candida albicans. Segera atasinya agar tidakmemudaratkan bayi apabila ia dilahirkan kelak.
  • Kehamilan dan  sindrom prahaid (PMS) ada banyak persamaan. Antara simptom yang sama adalah mudah marah. Jika sebelum hamil anda kerap mengalami PMS, perubahan mood yang ketara mungkin lebih kerap berlaku ketika hamil. Dalam pada itu, Jika anda mengalami perubahan mood lebih daripada dua minggu, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
  • Sewaktu hamil, peningkatan jumlah darah dalam tubuh berlaku. Keadaan ini berlaku sebagai persediaan bagi memastikan bekalan darah adalah mencukupi untuk anda dan bayi yang dikandungi juga.Lebih banyak jumlah darah yang dialirkan, lebih banyak kelenjar minyak terhasil. Oleh kerana itulah ada sesetengah wanita hamil kelihatan lebih berseri. Ada juga yang sebaliknya. Perubahan hormon menjadikan kulit anda sama ada semakin cantik atau semakin kusam.
  • Ada wanita hamil yang mengalami tompok hitam di wajah yang dikenali sebagai chloasma atau lebih dikenali sebagai topeng kehamilan. ika ia berlaku, maka ia tidak dapat dielakkan. namun penggunaan losen pelindung sinaran matahari boleh mengurangkan masalah ini daripada menjadi lebih teruk.
  •  Jerawat mungkin boleh terjadi kerana kelenjar sebaceous kulit meningkatkan penghasilan minyak. Pembentukan jerawat tidak hanya di bahagian wajah, malah di bahagian tubuh yang lain pun boleh mengalami masalah jerawat. Lazimnya di bahagian dada atau belakang tubuh.
  • Perubahan saiz payudara boleh memberikan tekanan kepada tulang rusuk. ini kerana ketika hamil, kapasiti paru-paru meningkat sekaligus menyababkan saiz dada turut membesar. Namun perubahan ini ada baiknya kerana ia membolehkan anda dan bayi mendapat bekalan oksigen dengan lancar. 
  • Semakin meningkat usia kandungan, semakin membesar kebanyakkan bahagian tubuh. Sama juga halnya dengan bahagian kaki. Akibat pengumpulan air yang banyak di bahagian berkenaan, ia menuntut anda untuk menukar saiz kasut. Hal ini kerana anda mungkin mengalami bengkak di bahagian kaki dan perlu bertukar kepada saiz kasut yang lebih besar.
  • Ada sesetengah wanita mendapati ada rambut halus tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya seperti di wajah, peut dan sekitar puting. Namun keadaan ini adalah sementara sahaja.
  • Urat yang timbul di bahagian kaki berlaku kerana salur darah dan pembuluh darah membesar kesan daripada peningkatan paras hormon kehamilan. Masalah ini adalah biasa dan akan hilang selepas tempoh kehamilan berakhir. Anda boleh mengurangkannya dengan mengelakkan diri daripada berdiri atau duduk terlalu lama pada satu-satu masa. Selain itu pakailah pakaian yang longgar dan selesa.
  • Sembelit memang biasa berlaku sepanjang hamil kerana hormon mengurangkan kadar penghantaran makanan yang diambil ke saluran usus. Apatah lagi pada akhir kehamilan, rahim akan menekan usus hingga menyukarkan anda membuang najis dengan sebaik-baiknya. Amalan pemakan yang kaya serat dan pengambilan minuman yang mencukupi serta kerap melakukan senaman dapat mengatasi sembelit daripada menjadi lebih teruk.
  • Ada wanita hamil yang mungkin berdengkur ketika tidur. Hal ini terjadi kerana lelangit, tekak, lidah, dan ototsaling bersentuhan antara satu sama lain. Dengkuran akan kedengaran lebih kuat jika anda tidur secara terlentang. Ini kerana lidah tertarik ke dalam dan aliran udara menjadi sempit. Ubah posisi anda kepada mengiring, sebaik-baik di sebelah kiri agar dapat menghindarkan masalah dengkur.
  • Kegatalan di bahagian sekitar perut berpunca daripada regangan yang terjadi. Elakkan daripada menggaru bahagian berkenaan jika gatal. Langkah alternatif ialah sapukan losen atau minyak khas agar regangan kulit dapat dihindarkan.
  • Pedih ulu hati terjadi kerana perubahan hormon yang menyebabkan asid gastrik naik ke ulu hati. Ada baiknya anda hindarkan diri daripada mengambil makanan dalam kuaniti yang banyak. Selain itu elakkan juga memakan makanan yang mengandungi banyak minyak seperti makan goreng.
  •  Daya tahan tubuh menurun sehingga menyebabkan risiko anda untuk mengalami alahan meningkat. Sekiranya anda sememangnya mengalami alahan ataupun mempunyai ahli keluarga yang mempunyai alahan, maka anda perlu menghindari faktor-faktor penyebab yang boleh menimbulkan alahan.
                                                                                                                                           

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)


SET KEHAMILAN SHAKLEE @ SHAKLEE PUCHONG

  *********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment