BELOVED FOLLOWERS

Friday

KETAHUI CARA ELAK GIGITAN BAYI SEMASA MENYUSU @ SHAKLEE PUCHONG

Masa kini, ramai ibu yang meneruskan penyusuan susu ibu biarpun anak sudah melebihi usia enam bulan. Pada usia ini, ada segelintir bayi yang mula tumbuh gigi.




Salah satu cabaran yang perlu dilalui ialah Gigitan Bayi.
Jom sama-sama kita lihat cara-cara yang boleh kita gunakan untuk mengelakkannya.



KETAHUI PUNCA
Sebaik-baiknya dari awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit bayi.

Bagaimana caranya?

Hal ini dapat anda lakukan dengan terlebih dahulu mengenalpasti apakah punca sebenar yang menjadikan bayi anda suka menggigit.

Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi merasa kecewa kesan daripada gagal memperolehi susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu meransang payu dara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keprluan bayi.

Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang anda boleh lakukan ialah menuam payu dara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan juga urutan khas puyudara.




BERALIH PAYU DARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payu dara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lain. Lakukan secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.

Selain melakukan proses peralihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara berhemah. Nyatakan perasaan yang anda alami akibat gigitannya itu,

Antara yang boleh anda luahkan adalah :

“Mama sakit bila sayang gigit mama…”

ataupun,

“Adik tak sayang mama ker? Kesian mama kena gigit…”

Walaupun gigitanya itu bisa menimbulkan rasa marah, anda dinasihatkan agar menegur bayi dengan sopan.

Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.




SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlansung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar memberikan keselesaan kepada bayi dan diri anda juga. Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang berlansung.



LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila bayi anda seakan-akan mahu mengigit, segera memaskkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payudara.

Namun anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu.

Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan putting yang sekaligus mengurangkan rasa sakit akibat putting yang melecet.





GIGIT SESUATU
Berikan bayi anda alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidakpun tualau kecil yang telah disejukkan di dalam peti ais. Alat-alat sepertyi ini adalah sangat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenui keinginan bayi menggigit tambahan pula jika dia sedang menalami masalah gatal gusi.




JANGAN JERIT
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali meninggikan suara dan mejerit kepada bayi ketika dia menggigit. MAlah anda juga dinasihatkan agar tidak memukul atau menampar pipi atau bahagian anggota tubuh yang lain. Jika hal sebegini dilakukan, dikhuatiri akan menebabkan bayi terkejut dan mengalami perasaan takut untuk meneruskan penyusuan.

Lebih teruk legi apabila ia boleh menyebabkan bayi engan lagi menyusu di sesi penyusuan seterusnya.




TELITI GAYA PENYUSUAN
Sekiranya prihatin dengan gaya penyusuan bayi, anda dapat mengelakkan gigitan bayi biarpun di akhir sesi penyusuan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengetahui sama dia suka menggigit apabila mula mengamuk kerana kenyang ataupun ketika putting hampir terlepas daripada mulutnya.

Oleh yang demikian adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.


                                                                                               



Set Menyusu Shaklee adalah salah satu daripada set Shaklee set yang sangat laris dijual. Dengan adanya set ini, ibu-ibu tidak runsing lagi kerana InsyaAllah set ini dapat menambahkan lagi susu badan dan bayi jadi kenyang dan puas menyusu. Lebih ramai ibu memberi anak kebaikan susu ibu berbanding susu lembu.


SET MENYUSU SHAKLEE

Set Menyusu Shaklee ada beberapa jenis dari yang paling basic hingga ke set lengkap penyusuan. Ada juga set bajet bagi ibu yang tidak mahu mengambil keseluruhan vitamin dalam set lengkap.

Set Menyusu Shaklee diambil oleh ibu menyusui untuk jangka masa panjang dengan harganya mampu milik dan menjimatkan. Dengan dos yang sesuai, ianya juga selamat diambil oleh ibu yang menyusukan bayi jaundice dan G6PD.

Jom Kita Tengok Testimoni customer yang telah mencuba Set Menyusu Shaklee

"TESTIMONI"


   *********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

1 comment:

  1. terima kasih info ini..baby boy baru 6 bulan..tetapi dah start mengganas..adoi ya..sabar je la

    ReplyDelete