BELOVED FOLLOWERS

Thursday

PENERANGAN IMBASAN ULTRASOUND @ SHAKLEE PUCHONG





Apakah Itu Imbasan Ultrasound?
Imbasan ultrasound ialah sejenis alat diagnostik masa kini yang sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor. Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0 megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat) lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit) kandungan rahim.

Sinaran ultrasound yang berulang-ulang akan mengimbas bayi dan dipantulkan semula ke transduser yang sama. Maklumat yang diperolehi dari pelbagai pantulan ini akan dibentuk semula menjadi gambar di skrin monitor. Pergerakan seperti denyutan jantung bayi boleh dinilai dan pengukuran boleh dibuat ke tahap yang sangat tepat berdasarkan imej yang ditunjukkan di skrin. Pengukuran sebegini menjadi asas dalam menentukan usia kandungan, saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.




Apakah Kebaikkannya Imbasan Ultrasound?
  • Imbasan pada peringkat awal kehamilan boleh mengesahkankandungan itu berlaku dalam rahim
  • Mengira usia kandungan setiap trimester
  • Mengetahui jantina anak dikandung sama ada lelaki atau eprempuan
  • Dapat mengesan pergerakan jantung bayi
  • Boleh mengetahui adakah kandungan itu kembar
  • Membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi
  • Boleh mengukur diameter atau keratan rentas organ yang hendak diperiksa
  • Membantu pakat sakit puan mengenalpasti ketidaknormalan pada bayi. Ini termasuk kecacatan pada muka, dada, kaki, tulang belakang dan sistem saraf tengah.
  • Pengesanan masalah bibir sumbing boleh dibuat dengan mudah dan tepat.
  • Doktor boleh melihat struktur tulang belakang, sebarang keganjlan tulang, dan mengira berapa bilangan tulang eusuk bayi. Masalah tulang belakang seperti spina bifida boleh dikesan seawal 10 minggu kehamilan.
  • Kepada pesakit yang tidak pasti mengenai tarikh haidnya yang terakhir, pengukuran ini perlu dibuat secepat mungkin semasa kehamilan untuk menentukan tarikh kelahiran yang betul. Apabila kandungan telah membesar, mengukur parameter badan akan membolehkan anda menilai saiz dan tumbesaran janin. Seterusnya ia amat membantu dalam mendiagnos dan menangani tumbesaran janin yang terbantut.
  • Mengesahkan keguguran dan kematian janin dalam rahim.
  • Mengesahkan keadaan janin.
  • Menilai pergerakan janin, tonus dan pernafasan.Mendiagnos sebarang keabnormalan pelvis dan rahim semasa kehamilan seperti wujudnya Sista Ovari, Fibromiomata.



Sakit ke Kalau Buat Ultrasound?
Imbasan abdomen tidaklah sakit tetapi anda terasa kurang selesa apabila transduser ditekan ke atas perut sebab pundi kencing tersangat penuh. Pundi kencing penuh tidak perlu untuk imbasan jika kehamilan sudah lanjut.

Yang baik tentang imbasan vagina ialah ianya paling efektif dijalankan dengan pundi kencing yang kosong, jadi kebanyakan wanita mendapati ianya lebih selesa daripada imbasan abdomen.




Bilakah Imbasan Ultrasound boleh dilakukan?
Panduan Kementerian Kesihatan mengesyorkan imbasan setiap empat minggu sampai minggu ke 28. Kemudian anda akan diimbasan dua minggu sekali sehingga bulan terakhir, apabila anda akan di imbasan setiap minggu.

Adalah disyorkan agar semua wanita hamil menjalankan imbasan penentuan tarikh pada trimester pertama – sebaik-baiknya semasa hamil minggu 10 hingga 13 – untuk mengesahkan tarikh mengandung. Ini amat penting jika anda berhajat membuat ujian saringan untuk sindrom Down, sebab mengetahui tarikh sebenar menjaminkan keputusan yang tepat.



Perlukah Saya Membuat Imbasan Ultrasound?
Walaupun kebanyakan wanita di Malaysia yang melanggan perkhidmatan kesihatan swasta akan menerima imbasan ultrasound, ianya tidaklah wajib. Imbasan boleh memberikan maklumat yang berguna tentang kehamilan anda yang boleh dipercayai, dan ramai wanita mendapati bahawa ianya seronok dan nyaman. Namun begitu, banyak juga ketaknormalan yang tidak dapat dilihat melalui imbasan, dan ada masa-masaya dapatan daripada imbasan boleh menyebabkan keraguan dan kebimbangan.

Keputusan samada hendak melakukan imbasan atau tidak terpulang kepada diri anda sendiri.



Adakah Ultrasound Selamat?
Ultrasound sudah digunakan dalam rawatan kehamilan selama hampir 30 tahun dan penyelidikan perubatan mendapati tiada kesan sampingan berkaitan dengannya. Tiada dapatan yang boleh mengaitkan pendedahan kepada ultrasound dengan masalah berat bayi masa lahir, leukemia kanak-kanak atau lain-lain kanser, maupun masalah penglihatan, pendengaran atau disleksia.

                                                                                                                             

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)





SET KEHAMILAN SHAKLEE @ SHAKLEE PUCHONG

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment