BELOVED FOLLOWERS

Monday

SHAKLEE SUMBANG DANA KEPADA ISRAEL ?



Ada pihak yang inginkan PENJELASAN mengenai isu shaklee menyumbang dana pada israel.

Benarkah?

Dan jika benar, kami para pengedar sah shaklee Malaysia buta hatikah untuk terus menjual produk shaklee tanpa memikirkan keganasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin?

Sebagai umat Islam, tidaklah kami tergamak untuk menganiaya saudara Islam kita sendiri.



Pertama sekali mari kita lihat bagaimana tercetusnya isu ini :
Kisahnya bermula dengan satu website dari sebuah komuniti Yahudi (Keneseth Israel) yang telah memaparkan logo SHAKLEE GLOBAL dalam list supporter.



Ada sesiapa yang pernah Click logo HIJAU SHAKLEE yang tertera di dalam laman sesawang di atas?


Untuk pengetahuan, jika anda Click logo tersebut, ia akan terus membawa anda ke laman web Pengedar Shaklee seperti di bawah ini, dan BUKAN laman web Shaklee Corparation


Sila rujuk pada 2 gambar di bawah :



 Laman Web Pengedar Shaklee US



Laman Web Rasmi Shaklee

Anda boleh lihat sendiri di mana logo rasmi Shaklee bagi kedua-dua web di atas adalah berbeza.
Selain itu jika anda perasan, alamat laman web bagi kedua-duanya juga adalah berbeza.
Alamat laman web Shaklee US adalah www.shaklee.com
 
Manakala bagi laman pengedar Shaklee ialah xxx.myshaklee.com  ( XXX ialah nama pengedar Shaklee tersebut )

Sebenarnya, blog ini adalah kepunyaan seorang lelaki yang juga SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR. bagi yang belum tahu, kami semua yang menggunakan Shaklee dan menjual Shaklee adalah ‘independent’.
Maksudnya, kami dapat bonus dari Shaklee, so sukati kami lah nak gunakan duit bonus tu untuk apa. Sebahagian daripada bonus yang kami dapat, kami salurkan kepada badan-badan Islam, infaq, zakat, sedekah, dan juga kepada Aman Palestin.
Dan itulah yang dilakukan oleh 'lelaki' terbabit. Dia menyumbang sebahagian bonus Shaklee yang dia dapat kepada Israel. Dia menyumbang kepada Israel sebagai individu, bukan mewakili Shaklee

Dalam kes ini, pengedar Shaklee tersebutnya menggunakan logo "Shaklee Independent Distributor", dan bukannya logo Shaklee Corp. iaitu "Shaklee Creating Healthier Lives".

Perbuatannya ini telah mengundang kekeliruan ramai pihak sehingga menyebabkan ramai orang melatah di media sosial apabila menyebarkan maklumat yang salah mengenai Shaklee sumbang dana kepada Israel tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Apa yang boleh saya katakan adalah bahawa Shaklee adalah sebuah entiti syarikat yang tidak terllibat dengan mana-mana isu politik, negara atau perkauman dan harus diingatkan sekali lagi bahawa kami pengedar sah Shaklee masih tahu bezakan yang mana Halal dan Haram.

Dan sudah semestinya kami tidak akan mengambil ringan tentang hal-hal yang sensitif seperti ini.



Berikut adalah pengesahan pencerahan dari pihak Shaklee berkenaan isu ini.





Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International





Semoga kita semua mendapat pencerahan mulai saat ini. Sudah semestinya saya sendiri secara peribadi tidak menyokong mana-mana individu / badan yang terlibat dalam menyumbang ke arah sebarang bentuk kekejaman lebih-lebih lagi kepada saudara se-Islam sendiri. Saya berbisnes berlandaskan agama dan sangat mementingkan keberkatan dan redha Allah.




*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment