BELOVED FOLLOWERS

Friday

TIPS PENGAMBILAN AIR DI BULAN RAMADHAN @ SHAKLEE PUCHONG



Dalam kita menjalani ibadah puasa, jangan abaikan pengambilan air yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Kepentingan air kepada tubuh memang tidak dapat disangkal.



72% kandungan badan kita adalah terdiri daripada air!!

Dehidrasi adalah sangat merbahaya terutama kepada ibu hamil, memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu, gangguan kepada fungsi-fungsi badan dan banyak lagi.

Meminum air masak @ kosong adalah sangat-sangat baik untuk kesihatan sebab iai membantu kita melancarkan sistem perkumuhan serta membuang toksin di dalam badan.
Apabila toksin sudah dibuang, barulah badan kita boleh menyerap segala nutrien dari makanan & supplemen yang kita ambil setiap hari!

Puasa atau tidak, badan kita masih memerlukan 2L air dalam sehari. Bagi mereka yang mengamallkan suplemen dan juga ibu menyusu, MESTI minum 3L air sehari.

Oleh yang demikian, saya kongsikan panduan cara mudah minum air, agar lebih mudah untuk anda menghabiskan 2-3L air sehari, sepanjang bulan Ramadhan ini.
  • Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
  • Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat.
  • Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga pada bila-bila masa, minumlah sedikit air.
  • Semasa bangun sahur, jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih. Sediakan air kosong di sisi anda. Sudah tentu tekak akan menjadi kering semasa berzikir atau membaca quran.
  • Minumlah air kosong dengan tertib. Kenapa perlu minum dengan tertib? Pentingnya tertib, kerana jika anda tidak tertib, anda akan kerap ke tandas selepas bersahur. 
  • Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula. 
  • Jangan minum berdiri.


Tips Mudah Dan Ringkas

2L air          =     8 Gelas air
1 gelas air    =     250ml air

SAHUR - 2 Gelas air
BUKA PUASA - 2 Gelas air ( Ini termasuk jus buah-buahan atau susu rendah lemak )
SELEPAS TARAWIKH - 1-2 Gelas air
SEBELUM TIDUR - 2-3 Gelas air

Tak Susah Kan.. ;)

Semoga Bermanfat..

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment