BELOVED FOLLOWERS

Tuesday

10 LANGKAH BERJAYA PENYUSUAN @ SHAKLEE PUCHONG

Mencapai impian untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu yang eksklusif memerlukan strategi yang tersendiri. Jika tersilap langkah, anda mungkin berputus asa dan menarik diri walaupun masih di peringkat awal.

Jangan cepat berputus asa.
Ikutilah langkah-langkah berikut yang InsyaAllah dapat membantu impian anda :






PILIHAN BERTEPATAN 
Kejayaan penyusuan susu ibu perlu bermula sebaik bayi dilahirkan. Jika mahu bayi disusukan secara eksklusif, pilihlah Hospital Rakan Bayi sebagai tempat bersalin anda. Anda juga perlu berbincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat penahan kesakitan sewaktu proses bersalin kerana kadang kala ia menyebabkan bayi lambat memberi tindak balas sewaktu pertama kali menyusukannya






KELAS PENYUSUAN

Kebanyakkan hospital menawarkan kelas antenatal bagi membolehkan anda mempersiapkan diri sebelum kelahiran bayi. Dalam kelas berkenaan anda akan mempelajari proses kehamilan, kelahiran dan selepas kelahiran termasuk hal hal berkaitan dengan penyusuan susu badan.







KUMPUL MAKLUMAT
Dapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan penyusuan daripada buku, majalah, akhbar, dan internet.












WUJUDKAN MENTOR
Sesiapa sahaja boleh menjadi mentor anda. Namun mereka mestilah terdiri daripada golongan yang mengamalkan penyusuan eksklusif. Sudah pasti anda akan mendapat tunjuk ajar dan maklumat berguna. Anda juga boleh menyertai mana-mana kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Kumpulan ini dapat menjadi sumber terbaik anda untuk mendapatkan khidmat nasihat mengendalikan masalah sepanjang menyusukan bayi.








SOKONGAN KELUARGA
Sokongan mereka menjadi tulang belakang kejayaan ibu. Pastikan anda dikelilingi orang-orang yang sentiasa menokong anda selepas membuat keputusan menyusukan bayi secara eksklusif.









PAM PAYU DARA 
Pemilihan aksesori ini perlu bagi ibu bekerjaya yang mahu menyusukan bayi secara eksklusif. Antuan pam ini membolehkan ibu mengumpul stok bekalan susu ketika berada di pejabat. Dalam membuat pemilihan pam yang berkesan, anda perlu meninjau beberapa jenis pam yang dapat memenuhi keperluan anda. Dapatkan nasihat daripada pakar laktasi berkenaan hal ini.








PAKAIAN KHUSUS 
Kini terdapat pelbagai pakaian khusus untuk ibu menyusukan bayi. Pakaian ini menjamin keselesaan ibu ketika menyusukan bayi terutama di public. Jadi tiada lagi alasan untuk anda tidak menyusukan bayi kerana segala aksesori tambahan yang ada membantu dan menyokong ibu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengira masa dan tempat.



TETAPKAN MATLAMAT 
Mulakan langkah penyusuan dengan meletakkan sasaran selama enam bulan yang pertama. Biasanya selepas enam bulan, ibu pasti berasa sayang untuk menghentikan penyusuan, jadi teruskan lagi sampai anak berusia setahun dan seterusnya sehingga dua tahun atau selagi anak mahukan susu ibu.



KELEBIHAN JANGKA PANJANG

Ia akan hadir dengan sendiri apabila ibu mendapati betapa untungnya memberi susu ibu berbanding susu formula. Paling utama apabila melihat tahap kesihatan anak yang jarang diserang demam dan selsema.






YAKIN BOLEH
Tiada alasan untuk anda tidak boleh menyusukan anak. Sebenarnya walau secanggih dan selengkap manapun kelengkapan penyusuan yang anda miliki tetapi jika tidak diiringi dengan keyakinan diri yang tinggi maka proses menyusukan bayi sukar direalisasikan.


Justeru, tanamkan dalam diri sejal awal kehamilan lagi untuk memberikan yang terbaik pada zuriat tersayang.

InsyaAllah.
Anda Boleh!

Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahikan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.

Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar. Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan bewarna kekuningan.



                                                                                                                             



Set Menyusu Shaklee adalah salah satu daripada set Shaklee set yang sangat laris dijual. Dengan adanya set ini, ibu-ibu tidak runsing lagi kerana InsyaAllah set ini dapat menambahkan lagi susu badan dan bayi jadi kenyang dan puas menyusu. Lebih ramai ibu memberi anak kebaikan susu ibu berbanding susu lembu.


SET MENYUSU SHAKLEE

Set Menyusu Shaklee ada beberapa jenis dari yang paling basic hingga ke set lengkap penyusuan. Ada juga set bajet bagi ibu yang tidak mahu mengambil keseluruhan vitamin dalam set lengkap.

Set Menyusu Shaklee diambil oleh ibu menyusui untuk jangka masa panjang dengan harganya mampu milik dan menjimatkan. Dengan dos yang sesuai, ianya juga selamat diambil oleh ibu yang menyusukan bayi jaundice dan G6PD.

Jom Kita Tengok Testimoni customer yang telah mencuba Set Menyusu Shaklee

"TESTIMONI"

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment