BELOVED FOLLOWERS

Thursday

KENALI JAUNDIS @ SHAKLEE PUCHONG





Jaundis biasa dialami oleh bayi-bayi baru lahir terutamanya bayi yang lahir tidak cukup bulan. Jaundis ini berlaku pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.


Sebenarnya hampir kesemua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada sesetengah bayi, Jaundis berlaku hanya sekejap dan tidak berbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja.


Tetapi dalam kes-kes tertentu, masalah ini boleh menjadi serius dan perlu diambil perhatian.


Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit bewarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila kulit ditekan. Biasanya jaundis bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.




Jaundis terjadi apabila bilirubin iaitu pigmen yang bewarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, bilirubin dihasilkan. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.


Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Tetapi aabila berada di luar, proses ini mla dilakukan oleh hati bayi sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas.

Akibatnya terjadilah Jaundis. 



Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke-4 mengikut jenis Jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan rapi dari doktor.



Dalam kebanyakkan kes, Jaundis tidak merbahaya. Namun, jika tahapnya tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan, akan berlakunya kerosakan kekal terhadap sistem saraf yang boleh menyebabkan pekak, pertumbuhan lembab, dan cerebral palsy.




Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan segera.




Petua Yang Boleh Diamalkan :
  • Jemur bayi anda di sebelah pagi di bawah redup (kawasan berbumbung seperti balkoni). Seeloknya jemurlah dalam pukul 8 pagi iaitu sebelum matahari tinggi. Ketika menjemurnya, tutup mata bayi supaya tidak silau.
  • Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan selalu membuang air kecil atau membuang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuh mereka.
  • Jika anda mengambil jamu atau herba, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.


Mandian Yang Disarankan
  • Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas itu mandikan anak anda dan bilas sehingga bersih. Amalkan selama beberapa hari.
  • Air rebusan serai digunakan untuk memandikan bayi sekali sehari (beberapa batang serai dititik dan direbus sehingga mengeluarkan bau wangi)
  • Air mandian daripada rebusan daun-daun seperti daun pandan, daun durian belanda, daun serai wangi, daun lengkuas, daun inai, dan daun mengkudu boleh juga digunakan.

                                                                                                                             


Set Menyusu Shaklee adalah salah satu daripada set Shaklee set yang sangat laris dijual. Dengan adanya set ini, ibu-ibu tidak runsing lagi kerana InsyaAllah set ini dapat menambahkan lagi susu badan dan bayi jadi kenyang dan puas menyusu. Lebih ramai ibu memberi anak kebaikan susu ibu berbanding susu lembu.


SET MENYUSU SHAKLEE

Set Menyusu Shaklee ada beberapa jenis dari yang paling basic hingga ke set lengkap penyusuan. Ada juga set bajet bagi ibu yang tidak mahu mengambil keseluruhan vitamin dalam set lengkap.

Set Menyusu Shaklee diambil oleh ibu menyusui untuk jangka masa panjang dengan harganya mampu milik dan menjimatkan. Dengan dos yang sesuai, ianya juga selamat diambil oleh ibu yang menyusukan bayi jaundice dan G6PD.

Jom Kita Tengok Testimoni customer yang telah mencuba Set Menyusu Shaklee

"TESTIMONI"

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment