BELOVED FOLLOWERS

Monday

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT NEGERI 1 MALAYSIA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Saya yakin, ramai di antara kita yang mempunyai anak, anak saudara, adik, anak jiran, anak rakan atau sesiapa sahaja yang anda kenal yang bakal memduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.



Sekarang dah bulan Ogos,jadi tak sampai sebulan lagi calon UPSR bakal menduduki peperiksaan tertinggi bagi peringkat sekolah rendah.

Kadang kala, kita sebagai ibu bapa pula yang terlebih risau berbanding anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Guru-guru juga tidak ketinggalan yang resah gelisah memikirkan anak didik mereka yang sedang menjawab kertas peperiksaan hari ini


Sekarang ini,bukan lagi masa untuk membaca buku teks atau nota-nota yang panjang.

Sebaliknya masa yang ada sekarang ini,perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengulang kaji soalan-soalan tahun lepas dan  soalan-soalan percubaan bagi seluruh negeri di Malaysia ini.

KOLEKSI SOALAN-SOALAN UPSR  1 MALAYSIA
http://www.bumigemilang.com/soalan-percubaan-upsr-2014-koleksi-semua-negeri/

Ibu bapa juga boleh melatih anak-anak menjawab soalan-soalan ini mengikut masa sebenar agar mereka lebih yakin dan dapat membiasakan mereka untuk menjawab soalan semasa peperiksaan sebenar kelak.

Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya.


Bagaimana mahu mendapat keberkatan ilmu?
  • Memasang niat yang ikhlas 
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa
  • Mendoakan guru-guru dan pensyarah yang mengajarkan ilmu
  • Memohon maaf serta pohon halalkan ilmu yang telah diajar oleh guru
  • Meminta guru serta pensyarah juga mendoakan untuk diri kita
  • Menjaga ibadah kita kepada Allah
  • Memiliki hati yang terang serta bersih dengan sentiasa bertaubat,serta beristighfar
  • Sentiasa dalam berkeadaan berwudu
  • Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
  • Memakan makanan yang halal
  • Pecahkan kitaran sengsara dalam hidup,ertinya menghentikan perbuatan tidak elok

Bagaimana melatih diri?
  • Memprogram minda agar sentiasa positif dalam apa jua kerja kita •Sentiasa buat latihan menjawab soalan dengan jawapan lengkap kemudian membuat rujukan dengan guru
  • Latih tubi jawab soalan dalam kumpulan
  • Melatih diri menjawab soalan sepertimana dalam suasana peperiksaan
  • Membuat dan merangka peta minda bagi subjek-subjek berkaitan
  • Menjadikan sebuah“study room bagi tujuan bilik gerakan peperiksaan
  • Sentiasa mengingatkan diri dengan baki bilangan hari peperiksaan
  • Meletakkan kata perangsang kejayaan pada sudut tempat belajar/gambar
  • Kenalpasti rakan sebelah anda atau sekeliling di dewan peperiksaan agar tidak gemuruh

Malam Sebelum Peperiksaan 
  • Melakukan solat taubat,hajat,witir
  • Sediakan semua bekalan untuk peperiksaan, baju, stokin, alat tulis, slip peperiksaan
  • Amalkan meminum air masak
  • Memiliki jam tangan(berjarum) agar mudah merangka masa menjawab soalan
  • Jangan menonton televisyen sebelum tidur
  • Tidur awal sebelum peperiksaan dan mengunci jam loceng agar tidak bangun lewat
  • Berdoa kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif


Di Pagi Peperiksaan
  • Bangun pagi dengan memotivasikan diri untuk berjaya 
  • Mandi dengan air panas agar badan segar( basuh hujung kaki dahulu kemudian barulah kebahagian atas)
  • Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
  • Sarapan pagi terlebih dahulu
  • Minum air berglukosa pada waktu pagi
  • Memakai wangian yang sederhana bau,minyak rambut dan sebagainya
  • Bersalam dengan ibu-bapa sebelum pergi
  • Keluar dengan langkah kaki kiri dahulu dengan membaca doa
  • Pergi awal ke dewan peperiksaan


DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah, Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah, Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah, Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah, Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka. Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah, Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah, Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.




No comments:

Post a Comment