BELOVED FOLLOWERS

Monday

BAYI MEMBERIKAN PETUNJUK





Ramai yang keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan oleh bayi mereka. Adakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin, atau sekadar mahu bermain?

Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin berlaku secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak di pedulikan. Ini bermakna bayi memberikan petunjuk yang dia sudah sedia untuk menyusu.

Ia juga adalah cara bayi memberitahu yang mereka :

  1. Mahukan susu (feeding cues)
  2. Mahu berehat (appraoch cues)
  3. Mahu bermain (withdrawal cues)

BAYI MAHU MENYUSU
Pada kebiasaannya, bayi akan memberikan petunjuk bahawa mereka sudah bersedia untuk menyusu menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia mungkin mengerdipkan mata dikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala.



Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut, dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.

Bayi akan menjadi lebih aktif apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut, dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. 

Bayi juga akan mula "berbunyi" untuk memberitahu,
"Mama, saya mahu menyusu!"

Tanda akhir yang bayi beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan muka, bernafas dengan lebih cepat, dan seterusnya menangis!. Tangisan merupakan tanda akhir apabila dia sudah bersedia untuk menyusu tetapi tidak dipedulikan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Ianya sangat penting kerana agak sukar untuk memujuk bayi yang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakkan bayi akan menjadi lebih cerewet. Agak mustahil bagi bayi untuk melekap dengan baik ketika menangis. Selain daripada itu, biarpun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat,  kerana dia keletihan akibat menangis dan tertidur.

Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak dapat susu yang mencukupi.



Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu denagn menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan.

Selepas itu barulah anda boleh cuba menyusukan bayi semula. 


Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi terlepas dari memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar.

Elakkan juga menukar lampin bayi sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.

Perlu diingatkan juga bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk  bahawa dia ingin berehat sebentar daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti.

Adalah normal bagi bayi menyusu 10-15 kali dan berhenti seketika selama 2-5 saat sebelum mla menyusu semula.


BAYI MAHU BEREHAT SEBENTAR
Ini merupakan petunjuk bahawa bayi mahu berehat sebentar daripada apa yang sedang dilakukan. Dia mungkin mahu berhenti sekejap daripada menyusu, bermain, dan lain-lain.

Kebiasaannya bayi akan melihat keadaan sekeliling terutama apabila ada bunyi yang mengganggu pendengarannya. Kemudian dia akan menolak badannya ke belakang , menendang diikuti dengan menguap, mengerutkan dahi, memuntahkan susu, batuk, tersedak, menangis atau meragam.


Ada ketikanya dia akan tertidur sendiri.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Berikan masa pada bayi anda untuk berehat. Pujuk bayi untuk menyusu semula apabila dia kelihatan bersedia. Ketika ini, anda boleh mengambil kesempatan dengan bergurau dan mengajaknya berkomunikasi. Senyum dan cium pipinya dan katakan yang dia masih belum habis menyusu. Jika bayi menangis seakan-akan enggan menyusu, ia bukan petanda dia tidak berminat untuk menyusu atau susu ibu kurang. Ada harus bertenang, pelajari dan teliti petunjuk yang bayi anda berikan.


BAYI MAHU BERMAIN
Bayi selalunya akan menoleh ke arah anda sambil tersenyum sambil mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Dia juga akan mencari-cari arah suara anda dan bertindak balas dengan orang yang di sekelilingnya. Jika diperhatikan anda akan melihat wajah dan matanya ceria.



Jika petunjuk ini tidak dipeduli, bayi akan menangis kerana dibiarkan keseorangan. 

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Letakkan alat mainan bewarna-warni untuk menarik perhatian bayi supaya dia tidak bosan. Luangkan amsa berkomunikasi dengannya kerana waktu itu bukanlah susu yang dikehendaknya, tetapi perhatian dan masa untuk diluangkan bersama-sama. Ingat, bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu semata-mata. Mereka turut memerlukan perhatian, ransangan dan sentuhan dalam hari-hari awal selepas dilahirkan.



Menangis adalah salah satu kemunikasi bagi bayi menyampaikan mesej. Anda jangan khuatir dan panik jika dia menangis. 


Berfikirlah secara positif bahawa tangisan adalah sihat berbanding risaukan bayi tidak cukup susu. Bertenang adalah kunci utama kerana anda tahu apa yang terjadi dan boleh bertindak dengan bijak.



*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment