BELOVED FOLLOWERS

Saturday

DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM


Memiliki anak atau cahaya mata adalah idaman bagi semua pasangan suami isteri yang sudah berkahwin. Sesuatu perkahwinan itu dianggap lengkap dan sempurna dengan kelahiran cahaya mata.

Setiap ibubapa sudah semestinya menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah serta cerdik dan cerdas. Namun bagi mencapai matlamat tersebut, didikan kepada anak-anak bukanlah bermula sejak dilahirkan atau ketika umurnya sesuai untk di hantar ke taska atau tadika.

Jika kita tinjau dengan lebih mendalam, kita akan dapat lihat bahawa proses mendidik anak adalah bermula ketika anak itu berada di dalam rahim ibu lagi.

DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM


Kehamilan merupakan tempoh yang paling penting untuk si cilik meniti perkembangan positif.

Adalah tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir ibu bapa yang hanya menggangap ianya perkara kecil dan menggangap hal ini sebagai perkara remeh sahaja.

Mendidik anak mesti dirancang serta disusun dengan terlebih awal dan ditangani secara serius. Ini adalah untuk memastikan bahawa anak yang dikandung itu akan lahir sebagai insan yang berkualiti dan menjadi aset yang paling berharga untuk agama, bangsa, negara dan akhirat kelak.


“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” 


Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu.

Antara tips mendidik anak didalam kandungan boleh dilakukan dengan berbagai cara, antaranya :
  • SENTIASA BERDOA
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah semestinya menginginkan anak. Justeru,bila sahaja disahkan isteri hamil adalah lebih baik jika mereka sentiasa memanjatkan doa kepada Allah agar anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang sihat, sempurna sifat, cantik, baik akhlaknya, cerdik, cerdas dan berdoalah apa sahaja yang dirasakan baik untuk kelahiran serta kehidupan anak.
    • Setelah usia janin empat bulan, ketika inilah Allah akan meniupkan roh kepadanya. Termaktublah perjanjan diantara manusia dengan Alah swt dan ketika ini jugalah akan ditetapkan janin tersebut sama ada lelaki atau perempuan, agamanya, usia kehidupannya, pasangan atau jodohnya, bagaimana dan dimana dia akan mati. Semua itu telah sedia dicatit dalam Loh mahfuz.
    • Apa yang penting, berdoalah agar roh yang ditiupkan terhadap janin tersebut akan melahirkan insan yang sangat berjasa pada dunia dan memberi manfaat untuk akhiratnya.
    • Dan antara doa yang boleh di amalkan oleh ibu bapa ialah doa Nabi Zakaria seperti yang disebutkan didalam Al-Quran, Surah Al-Imran ayat 38 yang mana ertinya :
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."

  • BANYAKKAN IBADAT
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. 
    • Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.
    • Anda dan suami JUGA dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. 
    • Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM
al-Fatihah


DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM
an-Nahl (ayat 78)



    • Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.


  • SENTUHAN KASIH
    • Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
    • Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

  • EMOSI YANG TERKAWAL
    • Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
    • Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Hasil penyelidikan membuktikan bahawa otak bayi semasa di dalam kandungan akan mula menunjukkan potensi yang hebat dan mengagumkan. Segala pengalaman janin sewaktu di dalam rahim ibu dan kedudukan emosi ibu semasa mengandung menentukan personaliti atau watak bayi itu apabila dilahirkan kelak. 
    • Ini adalah berdasarkan pada keupayaan janin menyerap dan merakamkan segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis dan menangkis kerana mekanisme yang menapis maklumat masih belum terbentu. 
    • Atas keadaan ini, ibu bapa sebenarnya mempunyai kesempatan yang begitu luar biasa bagi mempengaruhi serta mencorakkan anak-anak sehingga dapat menjadi manusia cemerlang dan pintar sebelum mereka dilahirkan.

  • MUZIK KLASIK
    • Setelah bayi berusia lima bulan, deria pendengarannya telah berkembang. Ketika ini, anda dapat menggunakan muzik untuk memberi rangsangan kepadanya. Dalam pada itu, muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk mengembangkan kepintaran bayi.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Penyelidik di Barat menyatakan bahawa kebanyakan muzik klasik dihasilkan daripada nada-nada yang harmoni. Nada tersebut memberi rangsangan kepada bayi dalam bentuk gelombang alfa. Gelombang berkenaan akan menimbulkan mood tenang, relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Oleh kerana itulah, anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan menggunakan muzik-muzik yang “keras”. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan akhirnya menjejaskan kepintarannya. 
    • Untuk itu, anda digalakkan untuk memperdengarkan bayi dengan muzik klasik pada waktu yang khusus. Ini dapat dilakukan terutamanya ketika anda sedang berehat. 
    • Alunan muzik klasik yang harmoni dan lembut tentu sahaja akan membuat bayi berasa tenang dan gembira. Seterusnya, impian anda untuk memiliki anak pintar akan tercapai sekiranya teknik rangsangan yang betul dipraktikkan.

  • PENGETAHUAN ASAS
    • Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
    • Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
    • Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

  • MATEMATIK
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan.
      Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Jangan malas wahai ibu! Rajin-rajinlah membuat aktiviti yang menguji minda seperti latihan matematik ataupun permainan sudoku semasa mengandung.

  • PEMAKANAN
    • Disamping memakan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan badan, pastikan makanan tersebut bersih dan suci dari segi syariat kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging bayi.
    • Dalam hal pemakanan, Islam memberikan penekanan agar memilih makanan dan minuman halal atau benda-benda yang baik. Elakkan benda haram. Sangat penting untuk ibu hamil memilih makanan yang sesuai dan selamat dimakan.
DIDIK ANAK DARI ALAM RAHIM

    • Mulakan dengan ucapan Bismillah apabila hendak minum dan makan. Dulukan tangan kanan daripada tangan kiri. Ingat, ibu juga memberi makan kepada janin yang sedang membersar di dalam rahimnya. Alangkah bertuahnya janin, kerana apa sahaja minuman dam makanan yang dimakan telah dimulai dengan menyebut nama Allah. Setidaktidaknya ibu telah mengenalkan nama tuhan kepada anaknya sedari awal.
    • Ibu juga hendaklah mengelakkan diri dari mengidam sesuatu jenis makanan syubhat atau haram dimakan. Segala larangan ini sebagai pemantauan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak baik pada kesihatan ibu dan juga janin yang dikandungnya. Misalnya mengelakkan kecacatan pada anak dan juga mengatasi masalah keguguran.

Keperibadian anak yang bakal dilahirkan ada berkaip rapat dengan tempoh sembilan bulan mereka didalam kandungan. kesedaran ibubapa sangat penting ketika ini. Semuanya perlu diperhati dan diperhalusi terutama dari segi ibadah, akhlak dan pemakanan kedua dua ibu bapa kerana ia boleh memberi kesan positif atau negatif kepada janin yang sedang membesar.


*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment