BELOVED FOLLOWERS

Wednesday

KENALI POSISI MENYUSU




Apabila menyentuh tentang posisi menyusu, keselesaan dan keupayaan bayi melekap dengan betul adalah dua perkara penting yang sering diutamakan.

Empat posisi berikut adalah posisi yang biasa digunakan ketika menyusukan bayi.


MENDUKUNG (Cradle Hold)
Posisi ini biasa digunakan. Anda perlu meletakkan bayi berhadapan dengan perut. Muka dan lututnya pula perlulah rapat ke tubuh anda. Kepalanya perlu menghadap payu dara anda dengan mulut menghala tepat ke puting anda. 


Cara sebegini memberi peluang kepada anda untuk memangku bayi dengan selesa. Untuk keselesaan tambahan, anda digalakkan menggunakan bantal menyusu.Ia serba sedikit dapat mengurangkan rasa lenguh akibat terlalu lama memangku si kecil.


MENDUKUNG BERSILANG (Cross Craddle Hold)
Kaedah ini amat baik bagi bayi yang mengalami masalah penyusuan, menyusukan bayi yang bersaiz kecil, ataupun pramatang. Kedudukan bayi sama seperti ketika bayi berada dalam posisi cradle hold dan pastikan bayi berada sama paras denga payu dara dengan tubuhnya menghadap anda. 

Cara ini membolehkan anda menggunakan tangan dengan lebih efektif dengan memegang bahagian belakang kepala bayi sementara sebelah tangan lagi mengampu payudara.


MENDAKAP (Football Hold)
Bagi para ibu yang bersalin secara caesarean, memiliki bayi bersaiz kecil, payu dara besar, ataupun puting rata, kaedah ini sangat disarankan.
Baringkan bayi di sisi anda dengan kepalanya berada di dalam tapak tangan anda. Manakala bahagian belakangnya akan berada dalam lengan anda. Kepit kakinya dengan menggunakan tangan anda.


BERBARING (Lying Down)
Posisi sebgini amat sesuai diamalkan terutamyanya ketika waktu tidur atau sewaktu anda berehat. Selain itu, ibu yang melahirkan bayi secara caesarean amatlah digalakkan untuk menngunakan kaedah ini. 

Ketika berbaring, pastikan bantal menyokong kepala dan bahagian belakang agar anda selesa. perut bayi yang berada di sisi anda seharusnya menghadap perut anda. Puting anda pula perlu bertentangan dengan mlutnya. Jika dia masih kecil, anda boleh meletakkan gulungan tuala di bahagian belakangnya bagi mengelakkan dia berguling. 



*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment