BELOVED FOLLOWERS

Tuesday

KERAK KEPALA BAYI





Kulit kepala berkerak adalah antara masalah yang biasa dialami oleh kebanyakkan bayi baru lahir.


Kerak kepala ini kelihatan seperti kelemumur. Kerak kepala terjadi disebabkan oleh kelenjar lemak kulit yang aktif. Kelenjar lamak kulit (sebum) keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut.



Jika kelenjar lemak sangat aktif, pengeluaran lemak akan banyak dan apabila kering akan menimbulkan lapisan kerak. Kadang kala kerak yang terlalu banyak boleh menutupi kulit kepala bayi.



Walaupun keadaannya kelihatan teruk, kerak kepala tidak menyebabkan bayi merasa gatal atau rasa tidak selesa. Lazimnya masalah ini berlaku pada bayi berusia lapan bulan, bermula semasa dia berusia tiga bulan dan hanya bersifat sementara.






Untuk menghilang kerak kepala, beberapa kaedah boleh anda cuba seperti :
  • Cuci ranmbut bayi anda dengan kerap menggunakan syampu bayi dan kemudian tanggalkan kerak kepala yang ada.
  • Gosokkan minyak bayi atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi. Biarkan sekejap dan kemudian tanggalkan kepingan kerak kepala perlahan-lahan.
  • Anda juga boleh sapukan minyak kelapa pada kerak kepala tersebut dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya cucilah rambut bayi anda dengan air suam sehingga bersih. 







Petua Menghilang Kerak Kepala :

Mula-mula ambil senggenggam kelapa parut dan campurkan dengan tiga ketul garam kasar. Masukkan campuran tadi kedalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sehingga keluar santan. Sapukan santan tersebut ke atas kepala bayi dan biarkan seketika.

Cara ini jika diamalkan boleh menghilang kerak kepala dan dalam masa yang sama juga rambut bayi anda boleh jadi lebat dan hitam.





Teknik Mencuci Rambut Bayi
  • Mula-mula basahkan rambut bayi dengan eprlahan-lahan dan pastikan air tidak memasuki telinga bayi.
  • Kemudian syampu rambut bayi syampu khas untuk bayi. Akan tetapi jangan gunakan terlalu banyak syampu kerana akan menyukarkan anda membilasnya.
  • Usap lembut rambut bayi anda agar syampu rata. Ingat, jangan menekan ubun-ubun bayi yang masih lembik.
  • Elakkan juga mata bayi dari terkena syampu.
  • Akhir sekali cuci rambut bayi dengan air bersih sehingga hilang semua syampu dan keringkan tuala. 
*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment