BELOVED FOLLOWERS

Tuesday

PANDUAN PILIH PAM MENYUSU






Sejujurnya membeli pam payu dara bukanlah sesuatu ang wajib untuk menjayakan penyusuan ibu. Walaubagaimanapun, bagi para ibu bekerjaya, pam payu dara merupakan sesuatu yang mungkin dapat membantu.

Kini pilihan pam payu dara terlal banyak di pasaran dan ada kalanya ia menimbulkan kekeliruan di kalangan para ibu.

Jadi pakar laktasi memberi penekanan kepada pemilihan pam yang betul mengikut keperluan ibu.

Untuk ibu bekerjaya yang jadualnya agak ketat, penggunaan pam elektrik adalah disyorkan. Antara ciri lain yang perlu diberi perhatian di dalam pemilihan pam elektrik adalah seperti berikut:



KESELESAAN
Pam elektrik automatik mempunyai ciri kekuatan sedutan, auto cycle atau cycle yang boleh dikawal dimana ia lebih selesa untuk digunakan. Pam sebegini membolehkan anda mengawal sedutan dan cycle menggunakan butang khas mengikut keselesaan sendiri.

Sesetengah pem yang lebih canggih berupaya melakukan fasa ransangan untuk meransang pancutan refleks (let down / milk ejection reflex). Anda boleh menekan atau memutar butang untuk kembali ke mod pemerahan selepas pancutan refleks tercapai.



KEBERKESANAN
Pilih pam elektrik yang menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Pam yang ebrkesan dapat mengeluarkan susu dengan baik, seterusnya meransang penghasilan susu. Pam yang mempunyai auto cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan anda menekan sebarang punat atau butang untk melepaskan hisapan.

Kekuatan hisapan pam juga penting. Jika terlalu perlahan, ia tidak berkesan. Jika terlalu kuat pula boleh menyakitkan dan menyakitkan payu dara. Jadi cari pam yang mempunyai kekuatan hisapannya menerupai hisapan bayi iaitu sekurang-kurang 200-240 mmHg.

Antara punca kecederaan payu dara adalah disebabkan oleh penyalahgunaan pam. Ramai yang berpendapat bahawa lagi kuat hisapan pam, lebih baik. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Oleh itu elakkan dari menggunakan sedutan paling maksima apabila mengepam.




CARA MENGEPAM
Antara pilihan pam elektrik yang sedia ada di pasaran berkemampuan untuk mengepam dengan cara yang berikut :
  • Sebelah sahaja : Pam ini hanya mampu mengepam sebelah payu dara sahaja pada satu-satu masa. Tempoh mengepam juga amat lama dan ransangannya tidak sebaik pam yang boleh mengepam kedua-dua belah serentak. Walau bagaimanapun, pam ini amat sesuai jika anda menggunakannya secara sambilan. (mengepam satu atau dua kali sehari).
  • Kedua-dua belah : Menurut kajian ia terbukti lebih berkesan bagi tujuan meransang penghasilan hormon prolaktin dan penghasilan susu dengan lebih baik. Amat disyorkan kepada ibu bekerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa untuk mengepam.



HARGA
Pam payu dara elektrik berkualiti biasanya lebih mahal iaitu dalam lingkungan RM350 hingga RM1500, bergantung kepada jenis dan jenamanya. Harga pam manual berkualiti pula lebih murah iaitu antara RM 250 hingga RM300.

Anggaplah ia sebagai perlaburan jangka masa panjang kerana penyusuan ibu jauh lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu membeli susu formula.

Memandangkan pilihan pam yang ada di pasaran agak banyak, anda mungkin keliru atau tidak pasti untuk memilih pam yang sesuai, jadi rujuklah kepada kaunselor atau pakar laktasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanapun anda tetap disarankan untuk mempelajari teknik memerah menggunakan tangan kerana ia sangat berguna di saat-saat kecemasan jika pam tidak dapat berfungsi dengan baik. Kaedah pemerahan tangan diakui efektif dalam meransang pancutan refleks sebelum dan selepas mengepam.





Info Berguna
Hormon Prolaktin banyak dihasilkan pada waktu awal pagi. Oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepan awalaupun waktu itu adalah waktu anda tidur.

*********************************************************************************

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

No comments:

Post a Comment