BELOVED FOLLOWERS

Monday

SET KEHAMILAN SHAKLEE @ SHAKLEE PUCHONG



Set Kehamilan Shaklee mengandungi nutrisi penting untuk ibu hamil.
Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang sebagai kunci untuk mendapatkan bayi yang sihat, susu yang banyak dan berkualiti serta badan yang kuat dan sihat semasa tempoh berpantang.

Dengan nutrisi yang lengkap juga dapat membantu ibu-ibu hamil sembuh dengan cepat semasa berpantang. Kekurangan nutrisi boleh membuatkan ibu-ibu hamil berasa letih, lesu dan tidak bertenaga.


set kehamilan shaklee


Menurut pakar nutrisi Shaklee, ibu hamil perlu hamil vitamin sejak dari perancangan untuk hamil lagi, terutamanya ambil asid folik untuk memastikan tulang dapat terbentuk dengan baik. Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Maka kerana itu amat perlu vitamin sudah diambil untuk membantu pembentukan sel-sel baru.


Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, setiap wanita, terutama sejak hamil lagi, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat.



set kehamilan shaklee


Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)



set kehamilan shaklee



Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.



Vitamin-C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.


B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.

B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Ia juga dapat mengelak dan/atau mengurangkan gejala atau simptom baby blues / postpartum depression daripada terjadi.


Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
 
ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.

Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.


OmegaGuard (EPA & DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta.

Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu.

Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Zinc Complex (Selepas bersalin)
Membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.



Alfafa Complex (Selepas bersalin dan menyusu - as MILK BOOSTER)

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.







set kehamilan shaklee



Set Kehamlan Shaklee Super Jimat!

Mengapa saya katakan bahawa Set Mengandung Shaklee SUPER JIMAT? Ini adalah kerana set mengandung ini boleh digunakan sehingga selepas kelahiran bayi, anda hanya perlu menambah beberapa produk sahaja untuk melengkapakan set mengandung kepadaSet Bersalin dan satu set adalah untuk kegunaan selama lebih kurang 4bulan.

set kehamilan shaklee




Apa Kata Mereka?










*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

Sunday

SET KESUBURAN SHAKLEE @ SHAKLEE PUCHONG



Kalau dapat tahu bab-bab bakal menerima orang baru dalam hidup mesti rasa teruja kan. Tapi yang paling teruja bila dikurniakan anugerah terindah dari Allah iaitu zuriat.

Semua orang inginkan zuriat. Tapi ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu.




Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA hendaklah redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka.

Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat.


Untuk entri kali ini, saya nak share dengan semua mengenai Set Kesuburan Shaklee. 




Tetapi sebelum itu perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri yang telah berkahwin lebih dari setahun namun belum mendapat cahaya mata adalah pergi jalankan PEMERIKSAAN dengan DOKTOR PAKAR. Ini bagi memastikan pasangan tersebut tidak mengalami sebarang masalah serius yang menghalang dari mendapatkan anak. Jika ada pun, sekurang-kurangnya mereka boleh menjalani rawatan tertentu.
 


Namun begitu, terdapat juga ramai dari pasangan yang menjalani pemeriksaan, yang tidak mempunyai apa-apa masalah serius. Jadi di sinilah diet pemakanan harian perlu dititik beratkan. Ia sangat penting dalam menjaga dan menentukan tahap kesuburan pasangan tersebut.


Melihat dari cara pemakanan zaman sekarang, terlalu banyak fast food dan makanan kurang berkhasiat yang dijadikan amalan atau diet masyarakat kini. Perkara ini sangat memberi kesan kepada persediaan tubuh badan pasangan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut doktor lagi, makanan perlulah seimbang. Antara zat-zat yang penting yang perlu diambil adalah makanan y mengandungi zinc, protein, calcium, dan sebagainya. Selain daripada itu, ambillah makanan yang tidak mengandungi kolesterol yang tinggi.


Antara makanan yang akan memberi kesan yang kurang baik pula adalah seperti pepper dan biji peria terutama kepada sperma lelaki.


Kebetulan seorang lagi doktor iaitu Dr. Melinda turut ada memberi sedikit ilmu untuk dikongsi semalam di laman facebooknya. Antara yang dikongsikan adalah;


"Diet yang bagaimana yang boleh meningkatkan kesuburan?"
  • Makan lebih makanan yg mengandungi 'monounsaturated fats' (seperti minyak zaiton) dan kurangkan makanan yg mengandungi lemak trans (banyak dlm makanan segera).
  • Lebihkan pengambilan protein sayuran (seperti soya), kurangkan protein haiwan (seperti daging merah).
  • Tingkatkan pemakanan yg mengandungi kandungan fiber yg tinggi dan kurang kandungan gula – contohnya seperti whole grains, sayuran dan sesetengah buah buahan.
  • Pengambilan secara sederhana high-fat dairy products (seperti ice cream, susu segar, dan keju).

Sejauh manakah kita dapat pastikan bahawa makanan yang kita ambil setiap hari cukup mengandungi zat-zat yang diperlukan badan? Jangan lupa bahawa banyak faktor yang membawa kepada kurangnya zat pada sesuatu makanan seperti pencemaran, penggunaan racun perosak, cara masak yang tidak sesuai, dan sebagainya. Jadi, sebagai salah satu alternatif dalam usaha, vitamin tambahan sangat membantu. Shaklee menawarkan vitamin-vitamin yang dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan pasangan suami isteri seperti di bawah




Mengapa Mesti Memilih Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Boleh Membantu?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi.
Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"






Bagaimana Supplement Shaklee Membantu?

Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

Vita C
Memilili tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

Vitamin E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

                                                                                                                                       
Amalan-Amalan Untuk Memperolehi Zuriat

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
  • Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus-asa.

Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
  • Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Apa Kata Mereka














Perkara paling penting adalah kita mesti sentiasa berdoa, berusaha, dan tawakal. 
Perbanyakkan istighfar.. 
Allah Maha Mengetahui akan sesuatu. 
Semoga entry kali ini dapat memberi inspirasi, peluang, dan jalan keluar kepada pasangan yang menginginkan cahaya mata.. 
InsyaAllah..


*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

Saturday

KERACUNAN UBAT-UBATAN MODEN @ SHAKLEE PUCHONG




Sejauh mana kebenaran mengenai entri kali ni..?

Perkongsian pada kali ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta ilmu untuk sama-sama kita hayati mengenai betapa pentingnya bagi kita untuk mengamalkan cara hidup yang sihat agar kita dijauhkan serta tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang mengandungi bahan merbahaya ini.

Entri pada kali ni bukanlah rekaan saya semata-mata.
Setiap maklumat yang terdapat pada entri saya adalah diambil dari artikel Pusat Racun Negara.

Keracunan Ubat-ubatan Moden
Oleh : Dr. Mohd Isa Abdul Majid
Sumber : Dewan Kosmik - Mac 1996








Ubat-ubatan moden merupakan salah satu kumpulan racun yang berupaya menyebabkan gejala akut (gejala keracunan yang ditunjukkan secara mendadak) sekiranya arahan penggunaan ubat tidak dipatuhi.

Daripada statistik yang dikumpul oleh Pusat-pusat Kawalan Racun Amerika Syarikat pada tahun 1981, sebanyak 29310 kes keracunan berpunca daripada ubat-ubatan moden. Manakala statistik keracunan di Malaysia pula menunjukkan bahawa sepanjang tahun 1988-1991, ia membabitkan sejumlah 1745 kes. Senarai ubat-ubatan moden yang seringkali menyebabkan keracunan akut adalah seperti berikut:
  • ubat antidepresi
  • ubat analgesik yang menghilangkan kesakitan
  • ubat selsema
  • ubat tidur yang mengandungi barbiturat
  • ubat sakit jantung
  • ubat penambah mineral seperti zat besi
  • ubat batuk yang mengandungi bahan narkotik
  • ubat penenang


UBAT ANTIDEPRESI


Ubat antidepresi digunakan untuk merawat depresi atau kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini termasuklah perubahan tingkah laku seperti bermuram, cepat marah, gangguan tidur, hilang berat badan dan kurang selera makan. Ciri-ciri kesugulan biasanya ditentukan oleh doktor perubatan. Ini berpandukan kriteria yang ditetapkan mengikut satu piawai untuk penyakit mental. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-dua rawatan kaunseling dan ubat. Daripada segi rawatan ubat, biasanya ubat antidepresi trisiklik seperti imipramin digunakan.

Keracunan akibat pengambilan berlebihan ubat antidepresi trisiklik boleh dilihat daripada ransangan sistem saraf dan gangguan denyutan jantung. Jika dos ubat imipramin yang diambil melebihi 500 mg, ia boleh menyebabkan mangsa menunjukkan gejala suhu badan menurun, sawan, tekanan darah menurun, pernafasan tertekan, anak mata mengembang, penglihatan kabur, gangguan denyutan jantung dan koma.

Sebenarnya tiada penawar khusus untuk kes keracunan ini. Rawatan yang biasa diberi merupakan rawatan untuk mengeluarkan sebanyak mungkin racun dari badan serta berdasarkan masalah kesihatan yang timbul semasa keracunan.






UBAT ANALGESIK

Kumpulan ubat ini menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, sakit sendi dan sebagainya. Dalam hal ini kesakitan merupakan satu tanda penyakit dan bukannya sebab utama mengapa sesuatu bahagian badan menjadi sakit. Oleh itu ubat analgesik hanya membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan. Sekiranya rasa sakit muncul semula ataupun tidak hilang, maka pesakit cenderung untuk menambah atau menggunakan semula dos ubat berulangkali sehingga menghasilkan keracunan. Terdapat dua jenis utama ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenis narkotik merujuk khususnya kepada dadah narkotik seperti morfin ataupun petidin; satu lagi adalah seperti aspirin dan parasetamol. Ubat analgesik jenis narkotik jarang mengakibatkan keracunan. Ini kerana penggunaan ubat tersebut terhad dan sentiasa diawasi oleh doktor bagi mempastikan bahawa dos yang diambil tidak berlebihan.

Ubat analgesia, jenis bukan narkotik pula dibenarkan untuk digunakan oleh undang-undang Malaysia tanpa pengawasan doktor. Ubat sedemikian boleh diperolehi di kedai farmasi tanpa preskripsi doktor. Kebanyakan ubat seperti analgesia sering mengakibatkan keracunan kerana cara penggunaan yang tidak betul. Mekanisme keracunan yang terhasil akibat dari kumpulan ini akan diterangkan dengan menggunakan dua jenis ubat yang popular iaitu parasetamol dan aspirin.



PARASETAMOL

Penggunaan yang disyorkan untuk seorang dewasa ialah 1 gm (2 tablet biasa) digunakan antara 4 hingga 6 jam sehari setiap kali diperlukan. Apabila diambil oleh pengguna, parasetamol akan dimetabolismekan di hati lantas menyebabkan kesan ubat menjadi reda dan penggunaannya perlu diulang. Salah satu hasil metabolit dikenali sebagai metabolit perantara. Ia terbentuk di hati dan merupakan bahan kimia bertoksik kepada sel-sel hati yang boleh menyebabkan sel hati termusnah.

Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metabolit merbahaya ini bergabung dengan sejenis enzim glutation yang terhad menyebabkan metabolit perantara tidak dapat dineutralkan. Akibatnya metabolit tersebut bergabung dengan sel hati dan seterusnya menyebabkan sel hati musnah. Selain hati, parasetamol juga menyebabkan kerosakan buah pinggang melalui mekanisme yang sama. Sekiranya berlaku keracunan parasetamol, penawar, n-asetilsistein boleh digunakan untuk menghalang berlakunya kerosakan hati dan buah pinggang. Sekiranya rawatan diberikan sebelum kerosakan hati dan buah pinggang berlaku, penawar tersebut akan menyebabkan lebih banyak enzim glutation dihasilkan untuk bergabung dengan metabolit perantara.



ASPIRIN

Asprin digunakan untuk meredakan sakit, mengurangkan demam dan radang di bahagian sendi. Ia juga boleh meredakan penyakit artritis dan melambatkan pembekuan darah. Untuk merawat kesakitan, aspirin digunakan pada dos sehingga 1gm setiap empat jam. Dos oral maksimum yang dibenarkan dalam sehari ialah lingkungan 4 gm. Dalam badan, aspirin akan ditukarkan di bahagian hati menjadi salisilat. Bentuk salisilat yang terhasil ini merupakan ubat yang terdapat dalam sediaan minyak gosok untuk kegunaan luar seperti linimen metil salisilat.

Penggunaan aspirin di kalangan kanak-kanak tidak digalakkan. Ini kerana aspirin didapati mengakibatkan kesan sampingan yang dikenali sebagai penyakit Reye, suatu keadaan yang membawa kepada kerosakan hati, otak dan akhirnya maut.

Selain daripada itu, aspirin juga merengsakan perut malah berupaya melukakannya dan menyebabkan perdarahan. Seterusnya ulser boleh berlaku di bahagian perut dan sistem penghadaman. Rasa mual, perut sebu dan muntah sering berlaku sebagai kesan sampingan pada orang dewasa. Sekiranya ini berlaku, hentikan serta-merta penggunaan aspirin dan dapatkan nasihat perubatan.

Memakan aspirin melebihi dos yang disyorkan (biasanya 20-25 gm) telah dilaporkan boleh menyebabkan kematian. Kesan keracunan yang berlaku pada peringkat awal ialah rasa mual, muntah dan sakit perut. Ini kemudiannya diikuti dengan kesan keracunan lebih hebat melalui sakit telinga dan pendengaran terganggu, berpeluh, suhu badan meningkat, pernafasan yang cepat dan kehausan.

Peringkat akhir keracunan ialah mangsa tidak sedarkan diri dan pernafasan terhenti. Dalam kes keracunan salisilat, tiada penawar khusus yang boleh digunakan dan rawatan keracunan hanya berdasarkan kepada masalah kesihatan semasa yang timbul dalam kes keracunan.



UBAT SELSEMA

Ubat selsema mengandungi kumpulan ubat antihistamin. Ubat ini meredakan selsema dengan cara mengurangkan kerengsaan saluran pernafasan terutamanya akibat alahan. Ubat ini juga boleh mengurangkan pengeluaran lendir di tekak dan hidung. Terdapat dua kategori kumpulan ubat antihistamin iaitu ubat antihistamin H1 yang digunakan untuk mengubat selsema (seperti klorfeniramin) dan antihistamin H2. Biasanya ubat antihistamin H1 akan menyebabkan rasa mengantuk. Sekiranya diambil secara berlebihan, gejala keracunan yang dapat diperhatikan adalah kabur penglihatan, mulut kering, rasa mual, suhu badan meningkat dan sawan.

Dalam merawat keracunan ubat antihistamin, tiada penawar boleh digunakan. Rawatan yang dilakukan ditumpukan kepada mengeluarkan sebanyak mungkin bahan racun dari mangsa dan mengatasi masalah kesihatan yang timbul akibat keracunan.



UBAT TIDUR YANG MENGANDUNGI BARBITURAT


Ubat tidur digunakan untuk mengatasi insomnia, iaitu kesulitan untuk tidur secara berterusan mungkin akibat kerungsingan dan kegelisahan atau masalah psikologi lain. Ubat jenis ini, juga dikenali sebagai sedatif-hipnotik, digunakan untuk membantu seseorang tidur sebagai satu langkah jangka pendek. Terdapat dua jenis utama ubat tidur iaitu kelas barbiturat seperti amilobarbital dan kelas benzodiazepin seperti nitrazepam. Kumpulan ubat barbiturat boleh mengakibatkan ketagihan. Ini berlaku jika penggunaannya dihentikan secara mendadak akibat putus bekalan. Masalah ini menyebabkan penggunaan barbiturat sebagai sedatif-hipnotik berkurangan. Penggunaannya kini terhad kepada merawat sawan serta menghasilkan kesan bius.

Keracunan barbiturat yang tidak serius boleh menyebabkan mangsa kelihatan seperti orang mabuk alkohol dengan fikiran keliru, percakapan kurang jelas dan pergerakan badan terhoyong-hayang.

Keracunan yang lebih serius, akibat pengambilan lebih dari 2 gm dos untuk amilobarbital dapat dilihat apabila mangsa tidak sedarkan diri, suhu badan serta tekanan darah menurun dan berakhir dengan kematian.

Tiada penawar khusus untuk merawat keracunan kelas barbiturat. Rawatan hanya tertumpu kepada mengeluarkan sebanyak mungkin racun dari badan mangsa dan merawat masalah kesihatan yang timbul semasa keracunan.



UBAT SAKIT JANTUNG

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan kumpulan ini. Antaranya termasuklah ubat darah tinggi, antiangina, memulih kegagalan jantung dan pengatur denyutan jantung (aritma). Masing-masing berbeza daripada segi kesan dan tindakannya. Oleh itu, maklumat daripada segi keracunan akan ditumpukan kepada sejenis dadah sahaja iaitu digoksin yang digunakan untuk kegagalan jantung dan pengatur denyutan jantung. Digoksin bertindak ke atas jantung secara langsung untuk mengurangkan kadar denyutan. Dengan cara ini, jantung dapat berfungsi dengan lebih baik dan cekap apabila kadar denyutan kembali normal.

Kesan keracunan digoksin diperhatikan pada dos yang rendah iaitu 2 mg untuk kanak-kanak atau 5 mg pada orang dewasa . Apabila keracunan berlaku, gejala yang diperhatikan adalah muntah-muntah, denyutan jantung tidak seragam dan penglihatan berbinar-binar.

Dalam merawat keracunan, penawar khusus dikenali sebagai antibodi spesifik digoksin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan keracunan.



UBAT PENAMBAH MINERAL

Ubat penambah mineral merupakan ubat yang digunakan untuk mengimbangi kandungan mineral di dalam badan supaya fungsi normal badan tidak terjejas. Salah ubat ubat penambah mineral yang sering menyebabkan keracunan ialah ubat zat besi.

Biasanya ia diberikan kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu-ibu mengandung. Zat besi yang diambil diperlukan dalam pembuatan sel darah merah dan protein tertentu dalam badan serta pengecutan dan pengenduran otot badan. Keracunan ubat ini berpunca daripada bentuknya yang berwarna-warni sehingga kanak-kanak menyangkakannya gula-gula.

Dalam keracunan zat besi, gejala utama yang diperhatikan ialah hakisan dinding saluran usus sehinggakan dinding usus pecah dan berdarah. Selain gejala utama ini, kesan lain yang diperhatikan ialah rasa mual, kesakitan pada bahagian abdomen, kadar nadi menurun, cirit birit, kehausan dan koma.

Sekiranya keracunan berlaku, penawar khusus iaitu deferioksamin boleh digunakan. Ia akan bergabung dengan zat besi yang berlebihan. Penawar ini diberikan secara berterusan sehingga gejala keracunan pulih.





UBAT BATUK YANG MENGANDUNGI NARKOTIK

Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak ke atas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan secara langsung dan kekerapannya dikurangkan. Dalam hal ini, faktor sebenar yang menyebabkan batuk tidak terawat. Salah satu jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodein yang dikelaskan sebagai sejenis dadah berbahaya.

Selain menyebabkan ketagihan, ubat jenis ini jika diambil berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan darah dan kadar nadi menurun.

Sekiranya kuantiti ubat yang diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti lantas menyebabkan kematian.

Dalam kes keracunan jenis ini, penawar khusus iaitu nalokson digunakan untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis dengan kodein seperti opiat dan opioid.




UBAT PENENANG

Ubat penenang digunakan untuk mengurangkan rasa resah, tegang dan kejang otot serta dapat menghasilkan rasa mengantuk dan menghentikan serta mencegah sawan(gelugut). Kumpulan ubat penenang yang sering digunakan sekarang ialah kumpulan benzodiazepin seperti klordiazepoksid (Librium), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan) dan klorazepat (Tranxene).

Dalam keracunan ubat benzodiazepin, kesan yang diperhatikan ialah kesan penindasan sistem otak dan saraf pusat. Antara gejala keracunan yang diperhatikan ialah percakapan tidak lancar, anak mata mengecil, terketar-ketar, koma dan pernafasan terhenti.

Dalam keracunan kumpulan ubat ini, penawar khusus iaitu flumazenil boleh digunakan bagi memulihkan kesan keracunan.




PENUTUP

Sebagai langkah mengatasi kemungkinan berlakunya keracunan akibat ubat-ubatan moden, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan. Amalan yang boleh diikuti bagi tujuan mengatasi keracunan ubat-ubatan moden termasuklah:
  • Simpan ubat di tempat berkunci yang sukar dicapai oleh kanak-kanak.
  • Guna penutup bekas ubat yang sukar dibuka oleh kanak-kanak. Penutup jenis rintang kanak-kanak boleh diperolehi di kedai-kedai farmasi. 
  • Tutup bekas ubat selepas menggunakannya dan kembalikan bekas ubat yang digunakan pada tempat simpanan ubat yang sesuai. 
  • Tandakan tarikh pemerolehan ubat dan sentiasa mengambil perhatian kepada tarikh lupus ubat dan jangan gunakan ubat yang telah lupus. 
  • Gunakan ubat yang dipreskripsikan kepada anda dan jangan guna ubat yang diberikan kepada orang lain. 
  • Simpan ubat dalam bekas asal dengan label yang jelas. 
  • Minta doktor dan farmasi anda merekodkan jumlah ubat di atas bekas. Ini menolong dalam memberi maklumat jumlah ubat yang diambil oleh pesakit dalam kes-kes keracunan. 
  • Baca label ubat dengan teliti sebelum mengambil apa-apa ubat 
  • Jika label telah rosak dan anda tidak pasti dengan cara penggunaan ubat tersebut, buang ubat tersebut. 
  • Galakkan kanak-kanak untuk mengecam ubat sebagai bahan beracun dan jangan sesekali merujuk ubat sebagai gula-gula. 
  • Sekiranya anda mempunyai masalah mengguna ubat anda dengan betul dan memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi doktor atau farmasi anda. Jika anda memerlukan maklumat keracunan, hubungi Pusat Racun Negara dengan menelefon talian bebas tol 800-8099.
*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

Friday

RAWAT RESDUNG @ SHAKLEE PUCHONG




Kerap bersin terutama di waktu pagi ?
Hidung selalu tersumbat dan berbau busuk?
Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung?
Hidung kerap berair walaupun tidak selsema?
Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata?
Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang?
Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan?
Kerap sakit kepala atau migrain?
Selalu gatal gatal kalau makan seafood?
Bersin bila kena habuk?
Selsema bila sejuk?


 Anda Mungkin Mempunyai Masalah Resdung

Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!



Tisu Adalah Sahabat Baik Kepada Mereka Yang Mempunyai Masalah Resdung.
Tidak Boleh Dipisahkan.
Kat Rumah, Dalam Kereta, Dalam Handbag, Dekat Ruang Tamu, Dalam Bilik, Dapur, Office..
Mesti Ada Tisu..
Kalau Tisu Tak Habis Sekotak Tak Sah

Betul Tak?

Apa Kata Kita Berubah
Beri Peluang Kepada Diri Kita Untuk Hidup Dengan Lebih Sihat
Buang Jauh Jauh Masalah RESDUNG Ni.



Apa Itu Resdung?

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis.

Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.



Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau. 

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.




Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus


.

Tanda-tanda resdung adalah berbeza dari individu ke individu. Tetapi ada beberapa tanda-tanda spesifik yang sering muncul pada pesakit resdung:
  • Gatal-gatal di kawasan muka —hidung, kawasan di sekitar hidung, dahi, mata, telinga, lelangit dan tekak— yang teruk.
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.
  • Kerengsaan hidung, dalam tekak dan telinga.
  • Pening kepala.
  • Sakit kepala.



Tanda-tanda ini muncul berulang kali terutamanya:
  • Selepas mengambil makanan laut, makanan yang diperam (belacan, cencalok dsb) atau berMSG (ajinomoto). Terdapat juga bahan kimia pengawet yang boleh merangsang resdung.
  • Pada waktu pagi, pada cuaca terlalusejuk (atau keadaan berhawa dingin) dan di tempat-tempat berhabuk.

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik.

Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah.









Tips Menguruskan Resdung
  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.


 Alternatif Resdung




Alfalfa Complex  
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.




B Complex  
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.








Vitamin C  
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.






Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. 
Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah

*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK

Thursday

MERUNGKAI RAHSIA KEHEBATAN VIVIX @ SHAKLEE PUCHONG





Apa Itu Vivix?

Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat supplement nombor 1 di Amerika.

Antara ramuan utama Vivix ialah anggur Muscadine.


Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah untuk kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat anti-oksidan yang lebih kukuh.

Saiz anggur Muscadine adalah sebesar sebiji bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik & cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.

Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.



Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrien yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria. 



Vivix Mengandungi Banyak Resveratrol.
Apa Itu Resveratrol ?



Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. 

Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.



Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, iaitu sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh. 


 
Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya.
Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur2 jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran darah dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.



Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Resevratrol juga terkenal sebagai ejen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resevratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain2 kesan penuaan pada kulit.

Resevratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.

Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resevratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.



Jadi sebagai alternatif yang selamat dan halal, untuk resveratrol ini, Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat bagus, VIVIX yang mana:-
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah (jangan minum wain, haram!)
  • 2500 kajian yang diterbitkan terhadap bahan2 yang digunakan dalam Vivix
  • Vivix adalah 10 kali lebih power dari resveratrol semata-mata


Apakah Manfaat Vivix ?
  • Anti Penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Menurangkan komplikasi kencing manis
  • Meningkat kesihatan Arthritis dan menyokong kesihatan sendi
  • Membantu mengurang risiko nyanyuk
  • Membantu menghilangkan berat badan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyokong kesihatan mata
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan
  • Bagus untuk pesakit Diabetes
  • Membantu dalam proses berhenti merokok



Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat.
 Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel.
Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar.
Vivix membantu mengembalikan keremajaan.




Merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.



Rekod cemerlang Vivix diteruskan dengan keupayaannya membantu perokok berhenti merokok. Ini adalah sesuatu yang luar biasa, Vivix tidak membekalkan nikotin kepada perokok tapi masih mampu membantu perokok berhenti merokok secara alami.



Vivix Shaklee
Dengan 1001 Kebaikan




Apa Kata Mereka












Keratan Akhbar









Video Eksklusif Vivix
*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK