BELOVED FOLLOWERS

Sunday

CINCH VS ESP

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Saya doakan agar semuanya dikurniakan dengan kesihatan yang baik.



Cinch vs ESP,
Agak-agak mana yang menang eh?
Huhuh, ramai juga bertanya dengan saya, apakah perbezaan di antara ESP dan Cinch Shake Shaklee?
Mana satu yang lebih bagus?

Ramai yang keliru antara dua 'hot' item ni Shaklee ini yang manakah paling terbaik untuk menguruskan berat badan.

Maklum semestinya sudah tahu, Cinch Shake lebih sinonim dengan supplement untuk kurus dari Shaklee. Dan ESP juga telah berjaya membuktikan bahawa ESP juga dapat membantu seseorang itu untuk mendapatkan berat ideal atau dalam erti kata lain kurus!

Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, iaitu membekalkan PROTEIN


Apakah Fungsi Protein Dalam Membantu Mengurangkan Berat Badan?
Untuk kurus dan turunkan berat badan, protein memainkan peranan yang penting kerana proses pembakaran lemak memerlukan protein dan karbohidrat. Jika tidak cukup protein, bukan lemak yang dibakar tetapi kita bakal kehilangan jisim otot yang lebih penting dalam proses untuk mendapatkan shape yang cantik.
Mana nak cun kalau kurus sebab tak makan nasi(kurang protein) tapi otot-otot menggeleber.
Betul tak?

Tetapi...... apakah perbezaan antara dua supplement protein ini?
Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita ambil tahu dulu apakah matlamat kedua-dua produk ini :


ESP, pemberi TENAGA ?
Betul ke?
Betul lah tu, ESP memang memberikan tenaga, sebab tulah ianya di panggil Energizing Soy Protein. 
Apa yang menarik tentang ESP ni ialah ianya mengandungi Branch-Chain Acid Amino, yang penting untuk stimulate otot kita supaya rasa bertenaga. 



ESP juga terbukti untuk bantu mereka nak kurus.
Istimewanya ESP ni ialah kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 sahaja. Bila GI rendah, kita akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana pembebasan gula dalam tempoh yang perlahan.

Jadi breakfast dengan ESP memang berupaya untuk buat kita lebih kenyang tanpa perlu turun cafe makan nasi lemak atau roti canai. 

Tapi perlu diingat,
ESP bukan meal replacement. sebab ESP tidak cukup kandungan vitamin (hanya ada sebahagian vitamin B, kalsium dan beberapa mineral lain)


CINCH
Cinch Shake adalah 'meal replacement' dan memang merupakan sebahagian dari program diet sihat shaklee. Maknanya bila tiba waktu makan, boleh gantikan Cinch Shake instead of makan nasi sebab setiap hidangan Cinch Shake menyumbang sebanyak kira-kira 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protein, 3 gram lemak dan 6 gram serat makanan larut. Nah, lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk.

Lengkap tak?
Dah macam satu hidangan nasi dan lauk kan.

CINCH, atasi masalah YOYO effect?
Cinch memang dibuat untuk membantu kita mendapatkan berat badan yang sesuai. Jadi hasil kajian telah dibuat dan Cinch memang terbukti dapat membantu mengatasi masalah paling ditakuti oleh kita, iaitu YOYO EFFECT.



Apa itu YOYO effect

YOYO effect ni ialah apabila berat badan kita sekejap naik dan sekejap turun, macam main yoyo. 
So, kesan YOYO ni antara benda yang paling tak bagus semasa proses menurunkan berat badan. 
Berhenti sahaja berdiet, berat badan akan naik semula. 

Tak best kan?
Sangat-sangat tak best.

Kenapa jadi begitu? 
Ini terjadi kerana semasa kita diet, jisim lemak tidak berkurangan. Tapi apa yang berlaku hanyalah jisim otot yang berkurangan. Sebab itu kita rasa macam dah turun, tapi tetiba naik balik. 
Jadi Cinch yang diperkaya dengan formula khas LEUCINE di hasilkan untuk mengatasi masalah YOYO EFFECT ni. 


Apa itu LEUCINE?
LEUCINE membina dan mengekalkan jisim otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Jadi bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan, anda akan kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. 



Boleh Kurus Ke Kalau Ambil Cinch?
Jawapan yang ini pun mudah juga. YA.
Dengan syarat, konsisten, disiplin dan lakukan pergerakan otot kerana leucine lebih berkesan bila bertindak dalam keadaan otot sedang bekerja, jadi proses pembuangan lemak akan lebih efisien. Jangan lah minum CInch Shake lepas tu gi bantai nasi 2 pinggan.



Dan benda yang paling asas dalam menurunkan berat badan adalah bersenam. Bersenam lah sekurang-kurangnya 3x seminggu. Takde istilah kurus tanpa senaman dan jaga pemakanan. Kurus bukan semata untuk cantik tapi apa yang penting untuk sihat sebab kegemukan boleh mengundang banyak penyakit bahaya yang boleh membawa maut.

Jadi mana yang sebetulnya diambil untuk kurus, ESP atau CINCH SHAKE? 
Jawapannya adalah berdasarkan kepada perbandingan kandungan dan fungsi bagi keduanya, CINCH SHAKE adalah pilihan yang lebih baik jika betul anda SERIUS nak kurus. 

Tetapi,

Jika anda merupakan ibu yang menyusu badan, disarankan pengambilan ESP kerana ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari mereka yang tidak menyusu dan juga kandungan kalsium lebih tinggi dalam ESP berbanding Cinch Shake.

So, ikutlah kesesuaian masing-masing.



*********************************************************************************

Perlukan maklumat lanjut ?
Mahukan tawaran harga yang istimewa ?
Dapatkan konsultasi tentang produk atau set yang mana yang sesuai untuk anda.
Dapatkan tips cara pengambilan vitamin yang betul dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Saya ialah Pengedar Sah Shaklee di Puchong Selangor serta kawasan sekitar.
Cash On Delivery (COD) sekitar Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Shah Alam
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Citylink. 

Sila hubungi saya di
Telefon / sms / whatsapp / wechat / : 0126775214 @ 0193924494
Email : imanfirdaus2014@gmail.com


Semoga mendapat manfaat
-Norbaya Omar-
-SID 1138278-

EBook Percuma Untuk anda
Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook LUAR BIASA. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.



DOWNLOAD EBOOK